Thursday, July 16, 2009

POLITIK : KHAMIS 16 JULAI 2009

Kemenangan moral bagi BN
SHARM EL SHEIKH, Mesir 15 Julai - Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN)pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalammembuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan, kataPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manek Urai: Petunjuk rakyat mahu perpaduan
KUALALUMPUR 15 Julai - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, memberi petunjuk jelas kepadaUMNO dan Pas bahawa rakyat mahukan perpaduan membabitkan dua partiutama orang Melayu itu, walaupun mempunyai falsafah politik berbeza.

Manek Urai beri isyarat baru kepada Pas
MELAKA15 Julai - Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan RayaKecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai memberi isyarat barukepada Pas bahawa rakyat di negara ini kini menyokong perubahan yangdibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nik Aziz ulas undi merosot
KOTABAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(gambar) mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas padaPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalamkerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional(BN).

UMNO teruskan agenda pembangunan Kelantan
KUALALUMPUR 15 Julai - UMNO akan meneruskan agenda pembangunan di Manek Uraidan Kelantan walaupun calonnya tewas pada pilihan raya kecil di kawasanitu semalam.

Kemenangan tipis Pas tanda rakyat kurang percaya
KUALALUMPUR 15 Julai - Kemenangan tipis Pas dalam Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Manek Urai menunjukkan rakyat negeri Kelantansudah mula tidak mempercayai perjuangan parti itu.

18 boikot persidangan DUN
SHAHALAM 15 Julai - Seramai 18 daripada 20 wakil rakyat Barisan Nasional(BN) memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yangbermula hari ini sebagai membantah usul menggantung lima wakil rakyatBN.

Samy sokong Palanivel
KUALALUMPUR 15 Julai - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari inimenyatakan sokongan terbuka kepada timbalannya, Datuk G. Palaniveluntuk mempertahankan jawatan nombor dua pada pemilihan parti itu, 12September ini.

IPF: Sembilan bekas ahli dilarang guna nama parti
SHAHALAM 15 Julai - Mahkamah Tinggi semalam mengeluarkan perintah injunksibagi menghalang sembilan bekas ahli Barisan Kemajuan India Semalaysia(IPF) termasuk bekas Naib Presidennya, V. Mathiyalagan daripadamenjalankan sebarang aktiviti dengan menggunakan nama parti tersebut.

Kenapa tidak batalkan penjualan tanah?
PULAUPINANG 15 Julai - Gerakan hari ini mempersoalkan tindakan kerajaannegeri pakatan DAP-PKR yang berterusan menyalahkan kerajaan negerisebelum ini berhubung kemelut penjualan tanah Kampung Buah Pala diBukit Gelugor di sini.

Dua pemimpin DAP PP buat janji didedah
PULAUPINANG 15 Julai - Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala (PPKBP) hariini menamakan dua pemimpin tertinggi DAP yang didakwa bertanggungjawabmembuat janji menyelamatkan kampung mereka.

Diugut bunuh setelah dedah isu banglo mewah
PULAUPINANG 15 Julai - Akibat lantang bersuara mengenai isu banglo mewahKetua Menteri baru-baru ini, Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang,H'ng Khoon Leng mendakwa menerima surat ugutan bunuh daripada pihakyang tidak dikenali, semalam.











SPRM janji beri kerjasama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akanmemberi kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan kematian TeohBeng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Pembantu Exco Selangor ditemui mati
SHAHALAM: Setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, ditemuimati di Plaza Masalam, di sini semalam selepas kira-kira lapan jammemberi keterangan sebagai saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaannegeri.

Isu banglo Guan Eng ke SPRM
GEORGETOWN: Pemuda Gerakan Pulau Pinang semalam, membuat laporan kepada SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng,berhubung banglo yang disewanya. Laporan itu dibuat oleh Naib Ketuanya,H'ng Khoon Leng, kira-kira jam 11 pagi di pejabat SPRM di sini, bersamabukti bagi menyokong dakwaannya. Hadir sama, Timbalan Ketua PemudaGerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda Gerakan PulauPinang.



Tindakan gantung Dr Khir berunsur balas dendam
PUTRAJAYA:Tindakan menggantung Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS),Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo serta empat yang lain disifatkansebagai perbuatan membalas dendam terhadap Barisan Nasional (BN) yangsering menegur pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) menerusi media.

Golongan muda mula yakini BN
SINTOK:Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkanprestasi yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan rayakecil Manek Urai Selasa lalu sebagai petanda jelas rakyat terutamagolongan muda kembali yakin terhadap pemerintahan parti itu.

Peningkatan undi petanda gelombang kebangkitan
PUTRAJAYA: Peningkatan ketara undi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecilManek Urai pada Selasa lalu menunjukkan gelombang baru kebangkitan BNyang mula melanda seluruh negara.

No comments:

Post a Comment