Monday, June 22, 2009

NASIONAL : ISNIN 22 JUN 2009


H1N1: Arahan tutup seminggu
PUTRAJAYA 21 Jun - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson,Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selamaseminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atauInfluenza A (H1N1).

Nik Aziz sudah berlembut...
KOTA BHARU 21 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hariini menyatakan persetujuan mengenai cadangan penubuhan kerajaanperpaduan, tetapi ia perlu dibincang serta diputuskan melalui saluranparti dan juga pakatan pembangkang.

Roslan, Rosli digugurkan
KUALA TERENGGANU 21 Jun - Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, DatukTengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai Setiausaha BadanPerhubungan UMNO negeri yang baru.

IJN perlu lebih banyak mesin Infant Flow SiPAP
KUALA LUMPUR 21 Jun - Institut Jantung Negara (IJN) memerlukan lebihbanyak mesin Infant Flow SiPAP bagi menampung keperluan pesakit jantungkronik bayi yang menjalani rawatan di institut itu.

Bincang isu parti malam ini
SEPANG 21 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apajua agenda dan isu berkaitan dengan parti termasuk cadangan kerajaanperpaduan hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat khas parti itu malamesok.

Kenyataan Kuan Yew disangkal
PULAU PINANG 21 Jun - Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeriini dari arus pembangunan negara, tegas Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop





Sekolah ditutup
KUALALUMPUR: Kementerian Kesihatan semalam mengarahkan Sekolah JenisKebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini, ditutup semingguberikutan tiga pelajarnya disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1)sehingga semalam.

Nik Aziz mahu kerajaan perpaduan ikut saluran
KOTABHARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini 'berkeras'menentang penubuhan kerajaan perpaduan, semalam menyatakanpersetujuannya terhadap cadangan itu, tetapi mahu ia dibuat mengikutsaluran yang betul.







H1N1 di negara ini meningkat 50 kes
KUALA LUMPUR 21 Jun - Satu lagi kes influenza A (H1N1) melibatkanseorang murid perempuan berusia 11 tahun dari Sekolah Jenis KebangsaanCina (SJKC) Jalan Davidson, di sini disahkan hari ini, menjadikanjumlah keseluruhan sebanyak 50 kes setakat ini.

100 pelajar, guru Selangor dikuarantin seminggu
SHAH ALAM 21 Jun – Seramai 100 rakan sekelas dua pelajar dan seorangmurid yang disahkan dijangkiti selesema babi atau positif Influenza A(H1N1) di negeri ini dikuarantin di rumah selama seminggu mulai hariini.

113 penumpang China Airlines diperiksa di LTSAS
KUANTAN21 Jun – Seramai 113 penumpang pesawat China Airlines dari Taiwan yangmelakukan pendaratan pertama menjalani pemeriksaan bagi mengesanpenyakit influenza A (H1N1) di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah(LTSAS) di sini, semalam.

Saji ikan air tawar di asrama
SHAHALAM 21 Jun - Kabinet bersetuju mewajibkan pihak pentadbiran asrama disekolah, kolej dan universiti menyediakan satu hidangan berasaskan ikanair tawar sekali seminggu.

TV Islam dapat sambutan
YAN 21 Jun - Hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu saluran televisyenIslam mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada penerbit dramadan rancangan berbentuk keagamaan.

Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney
KUALA KUBU BHARU 21 Jun – Dalam beratus-ratus kenderaan yang melaluiJalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiaphari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalanitu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yangmenggegarkan negara.

Syor tubuh Kementerian Belia
PULAUPINANG 21 Jun - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mencadangkansupaya diwujudkan Kementerian Belia agar dapat memberi tumpuan khususterhadap usaha menangani masalah golongan itu yang semakin kompleks dankritikal.

Mubarak mampu jadi penyampai usaha kerajaan
PULAUPINANG 21 Jun - Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) merupakan platformterbaik menjelaskan kepada rakyat mengenai pencapaian serta perancangankerajaan.

Jangan naikkan pangkat perokok
KUALALUMPUR 21 Jun - Semua pengusaha pasar raya di negara ini disaran tidakmenaikkan pangkat pekerja-pekerja yang didapati mengamalkan tabiatmerokok.

Pembantu rumah Indonesia kelas ketiga
KUALA LUMPUR 21 Jun - Rata-rata pembantu rumah Indonesia yang bekerjadi negara ini adalah daripada kategori kelas ketiga iaitu tidak cekapdan berpendidikan rendah.

PBTM minta kaji semula pencen tentera OKU
BUTTERWORTH21 Jun - Kerajaan diminta mengkaji semula jumlah pemberian pencen,ganjaran dan faedah-faedah lain kepada bekas tentera yang berstatusorang kurang upaya (OKU) agar sesuai dengan keadaan semasa.

Masa rehat penting elak tekanan mental
KUALALUMPUR 21 Jun - Rakyat Malaysia disaran memperuntukkan sedikit masadalam sehari untuk berehat bagi mengelakkan daripada mengalami tekanandalam diri sehingga boleh mengakibatkan sakit mental.

Wajar tempatkan amah ikut majikan seagama
KUALA LUMPUR 21 Jun - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)menyifatkan langkah menempatkan amah atau pembantu rumah beragama Islamdengan majikan seagama mampu menyelesaikan banyak masalah membabitkankedua-dua pihak.

Apabila perokok ketegar, undang-undang jadi 'hiasan'
BANYAK'peristiwa' yang akan berlaku hari ini. Dalam politik, sudah pasti isukerajaan perpaduan yang khabarnya akan berlaku beberapa pertemuan yangdiatur oleh Pas, parti yang mencetuskan idea tersebut. Difahamkan Pasakan menemui rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang kini agakcemas dengan isu kerajaan perpaduan. Di Dewan Rakyat pula, isu ZonBebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka menjadi perhatian. Fokus tentulahkepada Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat dan Penasihat DAP, Lim KitSiang. Sejak minggu lepas, mereka sering berbalas kecaman dan tuduhanmelalui media dan ruang siber. Hari ini mereka akan bertentang mata.Tee Keat dijangka membentangkan kenyataan menteri mengenai PKFZ setelahsebelum ini beliau dituduh 'melarikan diri' daripada Parlimen.

Keluar permit teksi luar bandar
KUALAKANGSAR 21 Jun - Permit perkhidmatan teksi luar bandar akan dikeluarkanselagi ada permintaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DatukSeri Mohamed Nazri Aziz.

Tambang baru di peringkat akhir
JOHOR BAHRU 21 Jun - Keputusan kadar tambang baru pengangkutan awam dinegara ini yang kali terakhir disemak pada 2005 akan diketahui tidaklama lagi.

Operasi Feri Pulau Pinang: Tidak perlu bertikam lidah
KAJANG21 Jun - Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu bertikam lidah denganPenang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengenai isu pengambilalihan pengendalianoperasi feri yang menghubungkan kawasan pulau itu dan Seberang Perai.

Bapa sedia kekalkan jantina anak
KANGAR21 Jun - Bapa bayi yang dilahirkan tanpa kelamin, Rodzake Namis, 35,akan membesarkan anaknya, Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulan sebagaiseorang lelaki.

Baitulmal Perlis bantu Nabil
KANGAR21 Jun - Baitulmal Perlis akan membantu keluarga Rodzake Namis, 35,bagi membuat pembedahan telinga kanan Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulanyang dilahirkan tanpa alat kelamin dan mengalami beberapa kecacatanlain.

Pelatih Suksis bakal inspektor
KUALALUMPUR 21 Jun - Kesemua 762 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi(Suksis) di beberapa institusi pengajian tinggi awam yang tamat latihanhari ini akan dilantik sebagai Inspektor Sukarelawan Polis.

Kempen Walk-A-Mile di Kuantan meriah
KUANTAN21 Jun - Kempen berjalan kaki Walk-A-Mile mendapat sambutan meriahapabila kira-kira 3,000 penduduk bandar ini membanjiri Taman Gelora disini untuk menyertai program itu hari ini.

Pegawai kadet Palapes perlu semangat patriotik
JOHOR BAHRU 21 Jun - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail SultanIskandar mengingatkan semua pegawai kadet Pasukan Latihan PegawaiSimpanan (Palapes) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjalankantanggungjawab dalam bidang ketenteraan dengan penuh semangat patriotik.

Maut tercampak atas bumbung rumah
SEREMBAN 21 Jun - Seorang lelaki maut selepas tercampak di atas bumbungsebuah rumah apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggarpenghadang jalan bertingkat dekat Taman Permai, di sini awal pagi ini.

Penebang balak mati dihempap pokok
KUALA KRAI 21 Jun - Seorang penebang balak maut dihempap sebatang pokokyang tumbang secara tiba-tiba ketika sedang bekerja di kawasan hutansimpan Ulu Temiang dekat sini, pagi semalam.

Darul Fallah tawar latihan
BOGOR 21 Jun - Pusat Pengajian Darul Fallah, sebuah pusat pendidikanagama dan vokasional pertanian bersepadu yang berjaya di Indonesia,menawarkan peluang latihan kepada pelajar dan anggota koperasi yangberminat menjadi pengusaha dalam bidang pertanian.

Measat jangka perolehan AS$100 juta
MOSCOW21 Jun - Measat Satellite Systems Sdn. Bhd., menjangkakan dapat mengautperolehan yang lebih tinggi sebanyak AS$100 juta setahun dalam tempohtiga hingga empat tahun akan datang berbanding AS$60 juta tahun lepas,menerusi perniagaan baru hasil daripada pelancaran dua satelitterbarunya, MEASAT-3 dan MEASAT-3a.

Kagum lihat pusat latihan angkasawan
MOSCOW21 Jun - Sekumpulan pelajar Malaysia yang melawat Pusat LatihanAngkasawan Yuri Gagarin, di sini terpegun dengan kemudahan terkinidisediakan pusat itu yang pernah menjadi tempat angkasawan pertamaMalaysia Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjalani latihan dahulu.

Bayi patah tulang bahu disahkan akibat kelalaian hospital
KANGAR21 Jun - Sah! Kesan patah tulang selangka seorang bayi perempuan, SitiBalqis Sany, 2 bulan, yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF)di sini berpunca daripada kelalaian pihak hospital tersebut.

Ida Nerina cedera tulang belakang akibat terjatuh
KUALALUMPUR 21 Jun - Aktres popular, Ida Nerina Hussain (gambar) , cedera dibahagian tulang belakangnya selepas terjatuh dari tangga di kediamannyadi Seputeh, awal pagi ini.






'Elak ke AS, Australia'
PUTRAJAYA:Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak melancong dan berkunjung keAustralia dan Amerika Syarikat kerana risiko virus Influenza A (H1N1),kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sarawak contoh amal 1Malaysia
KUALALUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sarawaksebagai contoh amalan budaya hidup 'Perpaduan Melalui Kepelbagaian',sekali gus menjadi petanda konsep 1Malaysia diterima baik rakyat.

Masyarakat Cina sokong konsep dianjur Najib
KLANG:Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri NajibRazak menambah keyakinan masyarakat Cina bahawa kerajaanbersungguh-sungguh melakukan perubahan untuk kebaikan rakyat.

8 lagi kes Influenza A dikesan seluruh negara
KUALALUMPUR: Lapan lagi kes jangkitan Influenza A (H1N1) dikesan di seluruhnegara semalam termasuk dua jangkitan tempatan membabitkan dua pelajarSekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, di sini.

100 penuntut diarah tak hadir sekolah seminggu
SHAHALAM: Kira-kira 100 rakan sekelas dua mangsa terbaru yang disahkanpositif Influenza A (H1N1) masing-masing di Sekolah Menengah Seksyen 9,di sini dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2, Petaling Jayadiarah supaya tidak hadir ke sekolah, selama seminggu, mulai hari ini.

Budak hidap H1N1 di Arab Saudi bukan warga Malaysia
KUALALUMPUR: Konsul Besar Malaysia di Jeddah, semalam, mengesahkankanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikesan positifdijangkiti virus Influenza A (H1N1) minggu lalu, bukan warga negaraMalaysia.

Bayi maut dalam pelukan ibu nahas kereta, lori
KUCHING:Seorang bayi perempuan maut dalam pelukan ibunya akibat tersepitterlalu lama selepas kereta yang membawa mereka tiba-tiba dirempuhsebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 67.5 JalanKuching-Serian, dekat sini, pagi semalam.

Korporat wajar teruskan program CSR
KUALALUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memintasyarikat korporat meneruskan budaya prihatin melalui programtanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membantu golongan yangmemerlukan.

Bapa akur bayi tanpa alat kelamin sebagai lelaki
KANGAR:Bapa kepada Muhamad Nabil Mustaqim, bayi berusia 10 bulan yangdilahirkan tanpa alat kelamin di Kuala Perlis di sini, akan membesarkananaknya sebagai lelaki, seperti disarankan Mufti Perlis, Dr JuandaJaya.

TV Islam peluang terbaik sampai mesej isu syariat
YAN:Kerajaan bercadang menjadikan saluran televisyen Islam sebagai ruanginteraksi dengan masyarakat terutama dalam soal berunsurkan syariat dankerohanian dalam Islam.

'Satukan Melayu boleh jayakan 1Malaysia'
KODIANG:Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat konsep1Malaysia perlu didahului dengan penyatuan bangsa Melayu yang menjaditonggak dan peneraju kepada perpaduan semua kaum di negara ini.

Dua beradik yatim piatu bapa koma meninggal
KOTABHARU: Dua beradik yang cedera parah dalam kemalangan meragut nyawa ibudan adik mereka pada 4 Jun lalu, dirundung malang pada Hari Bapasemalam, apabila menjadi yatim piatu apabila ayah mereka yang komaekoran kejadian itu pula, meninggal dunia.

Nyaris maut dipijak gajah naik minyak
KUALAKRAI: Seorang penoreh getah berdepan saat cemas selepas dikejar gajahjantan yang naik minyak ketika menoreh bersama dua rakannya di EstetBukit Abu dekat sini, Selasa lalu.

Measat lancar satelit M3A pagi ini
MOSCOW:Measat-3a (M3a), satelit telekomunikasi keempat milik Measat SatelliteSystems Sdn Bhd (Measat) bersedia untuk dilancarkan kurang 24 jam, dariBaikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Anggota Suksis dilantik inspektor sukarelawan
KUALALUMPUR: Semua anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) yangmenamatkan tempoh latihan asas di institusi pengajian tinggi (IPT) akandilantik menjadi Inspektor Sukarelawan Polis di kawasan masing-masing.

Tukang gunting maut tercampak atas atap
SEREMBAN:Seorang tukang gunting rambut maut apabila mangsa tercampak keluar darikereta dan terjatuh di atas bumbung rumah teres di tebing jalan selepaskeretanya hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan di Taman Permaidi sini, pagi semalam.

Veteran askar, polis bantah bawa pulang Chin Peng
SUNGAIPETANI: Lebih 300 bekas anggota tentera dan polis yang pernahberkhidmat menentang pengganas komunis berdemonstrasi di sini, semalam,membantah usaha membawa pulang bekas Setiausaha Agung Parti KomunisMalaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.

Kerajaan akan umum tambang baru teksi
JOHORBAHRU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menyerahkankepada kerajaan untuk mengumumkan tambang baru teksi dalam tempohterdekat ini, selepas berpuas hati dengan kajian dan semakan kadar barutambang pengangkutan awam itu.

Ida Nerina patah tulang belakang jatuh di kediaman
KUALALUMPUR: Pelakon terkenal, Ida Nerina terjatuh di kediamannya, sebuahkondominium di Persiaran Syed Putra di sini, kelmarin, mengakibatkantulang belakangnya patah.

Tempoh tutup SJKC Jalan Davidson sedia dilanjut
PUTRAJAYA:Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tempoh penutupan Sekolah JenisKebangsaan (SJKC) Jalan Davidson, di ibu negara mungkin dilanjutkanlebih daripada seminggu jika wabak Influenza A (H1N1) masih merebak dikalangan pelajar sekolah itu.

POLITIK : ISNIN 22 JUN 2009

'Jangan ajar rakyat Kelantan'
KUALA LUMPUR 21 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk SeriAnwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNOyang didakwa menindas rakyat Kelantan.

Isu royalti akan diperjelasisu royalti
KUALA KRAI 21 Jun - Kerajaan Pusat akan memberi penjelasan kepadarakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yangsering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Akur siapapun calon BN
KUALA KRAI 21 Jun — Semua anggota UMNO dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Manek Urai berjanji akan akur dengan calon yang diputuskan pucukpimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu 14Julai ini.


Mustapa sedia wakili parti
KUALA KRAI 21 Jun - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, DatukMustapa Mohamed bersedia mewakili parti itu di negeri ini untukberbincang dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kearah mencari 'titik mula' mengatasi masalah perpaduan umat Islam.

1Malaysia gagal jika Melayu tidak bersatu
KODIANG21 Jun - Konsep 1Malaysia yang disuarakan oleh Perdana Menteri, DatukSeri Najib Tun Razak tidak akan menjadi kenyataan jika orang Melayutidak bersatu.

Nik Aziz bukan penentu usaha pembentukan
BALING21 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan penentusebenar terhadap usaha pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas danBarisan Nasional (BN) kerana terdapat pemimpin ulama dalam Pas yangbersifat positif mengenainya demi kebaikan orang Melayu.

Kayveas tidak hormat Perdana Menteri - Murugiah
IPOH21 Jun - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T.Murugiah hari ini meminta Datuk M. Kayveas supaya tidak terburu-burumenggantikan kedudukannya dengan orang lain.

Jangan terima Cheng Guan sertai PKR
PULAUPINANG 21 Jun - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri akan menentangsekeras-kerasnya hasrat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan mahumenyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyifatkannya sebagaiseorang oportunis.

ROS belum cukup bukti isu PPP
JOHORBAHARU 21 Jun - Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum mempunyaimaklumat yang mencukupi bagi menjalankan siasatan terperinci berhubungisu kepimpinan yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP), kataTimbalan Pendaftarnya, Marzuki Zainudin.





Umno Kelantan sedia bertemu pemimpin Pas
KUALAKRAI: Badan Perhubungan Umno Kelantan bersedia menjadi perintis dalammengadakan pertemuan dengan pemimpin Pas negeri ini, terutama MursyidulAm Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke arah pembentukan kerajaanperpaduan.

MCA bersikap terbuka dialog dengan DAP
KUALALUMPUR: MCA bersedia untuk berdialog dan bertukar pandangan dengan DAPuntuk kepentingan masa depan rakyat dan negara, kata Presidennya, DatukSeri Ong Tee Keat.

3 nama calon BN disenarai pendek bagi Manek Urai
BACHOK:Sekurang-kurangnya tiga nama disenarai pendek untuk dipilih sebagaicalon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Manek Urai yang akan diadakan 14 Julai depan.

Umno Terengganu umum 3 pelantikan
KUALATERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk SeriHishammuddin Hussein semalam mengumumkan tiga pelantikan baru bagimengisi tiga jawatan utama Badan Perhubungan Umno negeri ini yangsebelum ini dilanda pelbagai konflik dalaman.

ROS masih siasat kesahihan PPP
JOHORBAHRU: Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih melakukan penyiasatan terhadapstatus kesahihan Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana ia membabitkanramai individu selain menyentuh kestabilan politik negara.

Pembangkang cuba politikkan projek di Sabah, Sarawak: Yong
KUCHING:Kementerian Kerjaraya menafikan pengumuman banyak projek kerajaan diSabah dan Sarawak kebelakangan ini, adalah sebahagian daripada gimikpolitik yang bertujuan meraih sokongan rakyat di dua negeri berkenaan.

JENAYAH & MAHKAMAH : ISNIN 22 JUN 2009

8 warga Myanmar, Nepal lolos depot Imigresen diburu
KUALA LUMPUR 21 Jun - Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yangterdiri daripada warga Myanmar dan Nepal bertindak nekad meloloskandiri daripada Depot Tahanan Imigresen di Semenyih, dekat sini awal pagiini.

Enjin bot dicuri, 3 nelayan hilang punca pendapatan
BACHOK 21 Jun - Tiga nelayan di Kampung Pulau Balongan, dekat sinihilang punca pendapatan apabila enjin bot yang digunakan mereka untukmenangkap ikan di laut, dicuri awal pagi ini.

Tiga lagi suspek samun di Puchong dikenal pasti
KUALA LUMPUR 21 Jun - Polis telah mengenal pasti tiga lagi suspek yangdisyaki terlibat dalam kejadian samun di tujuh premis perniagaan dalamtempoh sejam di Puchong Selasa lepas.







Dua pelajar Korea cedera elak diragut
GEORGETOWN: Dua penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) warga Korea cedera selepasterjatuh dari motosikal ketika cuba menyelamatkan beg tangan daripadadiragut di Jalan Gurdwara di sini, kelmarin.

GLOBAL : ISNIN 22 JUN 2009


Lebih 70 maut, 200 cedera
BAGHDAD 21 Jun - Sebuah bom yang diletakkan dalam sebuah trak meletupketika pengikut-pengikut Syiah meninggalkan sebuah masjid di utara Iraqsemalam, membunuh lebih 70 orang dan mencederakan hampir 200 yang laindalam kejadian serangan bom paling dahsyat pada tahun ini.

Mousavi sedia syahid
TEHERAN 21 Jun - Pemimpin pembangkang Iran, Mirhossein Mousavi sudah'bersedia untuk mati syahid' dalam mengetuai protes yang telahmenggegarkan Republik Islam ini dan mencetuskan amaran pertumpahandarah daripada pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.


Israel mahu luaskan lagi penempatan haram
BAITULMAQDIS 21 Jun - Israel merancang untuk memperuntukkan danasebanyak AS$250 juta (RM900 juta) dalam tempoh dua tahun akan datangbagi membina kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin di TebingBarat tanpa mempedulikan tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya aktivititersebut dihentikan.


Muzium Acropolis penuhi impian
ATHENS21 Jun - Sebuah Muzium Acropolis serba moden yang merupakan impianpenduduk Greece berdekad-dekad lamanya, dirasmikan dengan penuhgilang-gemilang di negara ini semalam dan diharap dapat membantumendapatkan semula warisan mereka dari Britain.

Aburizal pinjamkan pesawat kepada Jusuf Kalla
JAKARTA 21 Jun - Tokoh perniagaan yang juga Menteri KebajikanIndonesia, Aburizal Bakrie yang dilihat sebagai penyokong kuat PresidenSusilo Bambang Yudhoyono menghantar isyarat bertentangan semalam,dengan meminjamkan jet peribadinya kepada pencabar Susilo, Jusuf Kalla.

KPK Indonesia tahan Hengky
JAKARTA 21 Jun - Badan antirasuah Indonesia menangkap seorang ahliperniagaan yang telah menjadi buruan kerana peranannya dalam satu kesrasuah yang dikaitkan dengan beberapa pegawai atasan.

The Proposal filem terlaris
LOS ANGELES 21 Jun - Sandra Bullock meraih takhta pungutan filemterlaris pertama kali dalam tempoh 10 tahun di Amerika Utara menerusifilem komedi terbarunya, The Proposal, menurut data jualan awal yangditerbitkan semalam.

Rudd pula cabar Turnbull kemuka bukti
SYDNEY 21 Jun - Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd ( gambar ) hariini mencabar pemimpin pembangkang, Malcolm Turnbull supaya meletakkanjawatan jika beliau gagal mengemukakan e-mel yang membuktikan Ruddtelah mengelabui Parlimen.

Imelda Marcos dakwa dirinya miskin
MANILA 21 Jun - Imelda Marcos yang juga isteri bekas Presiden Filipina,Ferdinand Marcos mendakwa dirinya hampir miskin walaupun berdepandengan dakwaan menyembunyikan berbilion dolar semasa pemerintahansuaminya dan memakai cincin permata 20 karat.






Mousavi sedia 'mati syahid'
TEHERAN:Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam ketegangan terbaru di ibunegara Iran, ketika pembangkang meneruskan tentangan mereka terhadapkeputusan pilihan raya negara itu 12 Jun lalu dengan calon kalah, MirHossein Mousavi menyatakan kesediaan 'mati syahid' dalam perjuangannyaberhubung keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Berlusconi, teman sosial lakukan seks: Model
ROME:Model berusia 23 tahun, Barbara Montereale, mendakwa seorang temansosial dikenalinya melakukan hubungan seks dengan Perdana MenteriItali, Silvio Berlusconi, manakala beliau sendiri dibayar untukmenghadiri parti di villa mewah pemimpin itu, November lalu.

Macam-Macam: Posmen takut selepas kena serang anak kucing
LONDON: Perkhidmatan pos Britain memberi amaran tidak akan menghantar suratkepada satu keluarga selepas seorang posmen 'diserang' anak kucingmereka hingga luka.

Wartawan NYT lari daripada Taliban
KABUL:Seorang wartawan New York Times (NYT) terkenal kerana sering melakukansiasatan di zon konflik, memanjat tembok dan berjaya melepaskan diridaripada penculik Taliban selepas lebih tujuh bulan ditawan diAfghanistan dan Pakistan, kata akhbar kelmarin

RENCANA : ISNIN 22 JUN 2009

Laksanakan keadilan sosial
Konsep Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk SeriNajib Tun Razak menimbulkan semangat baru kepada banyak pihak diMalaysia terutama mereka yang berada dalam arus perdana. Bagaimanapun,kita tidak dapat nafikan, ada suara keraguan dan kebimbangan sesetengahpihak kerana mereka khuatir hak mereka akan terjejas atau diabaikan.

Melayu mesti kaji Cina
Pada hari Sabtu 20 Jun, Utusan Malaysia menyiarkan paparan danperbincangan isu-isu utama akhbar-akhbar berbahasa Cina dari 8 hingga13 Jun. Dalam senario negara sekarang, amatlah wajar dan tepat sekalikita dimaklumkan kandungan dan sentimen salah satu kumpulan suratkhabar yang mewakili kaum minoriti yang signifikan dalam masa depanpolitik kita.

UMNO perlu 'dakwah' Pas untuk kestabilan
CADANGANpembentukan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, DatukSeri Abdul Hadi Awang menghangatkan politik negara sejurus selepasmenutup sidang Muktamar Pas ke-55 di Stadium Malawati Shah Alambaru-baru ini. Banyak pihak yang berfikiran skeptikal atau sangsi dantidak kurang yang memandang positif cadangan beliau itu.

BISIK-BISIK
USTAZ Nik Aziz Nik Mat nampaknya mulai berlembut mengenai isu gagasankerajaan perpaduan UMNO-Pas. Walaupun kata-katanya masih kabur, namunia sudah dianggap positif.

Bantu elak loceng amaran cemas H1N1
JUMLAHkes Influenza A (H1N1) di seluruh negara setakat petang semalam ialahsebanyak 50. Daripada satu kes yang disahkan pada 15 Mei 2009, kininegara sedang mengharungi gelombang pandemik yang menyerang dunia sejakApril lalu.

Cerita remeh tentang bahasa
SAYAselalu membayangkan negara luar sama dengan negara kita. Maksudnyapelancong tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi kerana merekasemua akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai 'bahasa dunia'sebagaimana yang difahamkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Malahdifahamkan juga bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, bahasa lain tidakada ilmu. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Perkaya bahan Bahasa Inggeris tempatan
BAHASAInggeris atau Bahasa Malaysia. Adakah itu persoalan atau pilihan danterbaru dicadangkan menjadi satu kewajipan untuk lulus dalampeperiksaan utama.

Nama Johari 'melekat' dengan muzik orkestra
Tajuk: Memoir Johari Salleh: Tegar Meladeni Industri Muzik

Pas, penyatuan Melayu, pembantu rumah
POLEMIK kerajaan perpaduan dalam Pas terus menjadi perbualan hangat dikalangan penulis blog tempatan dengan memberikan pelbagai pandanganmenurut kemahuan masing-masing. Pada masa yang sama, isu pembantu rumahyang didera majikan turut disentuh oleh sesetengah penulis lain.






Kerajaan perpaduan ubah landskap politik negara
BARANGKALIselepas penentangan terbuka terhadap pucuk pimpinan Pas yangmenyaksikan kejatuhan Allahyarham Datuk Asri Muda sebagai Yang Dipertuadalam muktamarnya di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1982, digantikandengan kepemimpinan ulama diketuai Allahyarham Datuk Yusof Rawa, partiitu tidak pernah menghadapi krisis besar sehinggalah apa yang berlakusekarang ekoran lontaran idea penubuhan kerajaan perpaduan olehPresidennya, Datuk Seri Hadi Awang.

Memahami Obama, politik Amerika Syarikat
PELANCARANPusat Kajian Amerika (Kamera) di Institut Kajian Oksidental (Ikon),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 11 Mei lalu adalah satukesempatan tidak terduga yang tepat dalam sejarah Amerika Syarikat yangsangat menarik ini.

Minda Pengarang: Majikan patut biaya kos pekerja asing sakit elak tertunggak
KITAterkejut mendengar laporan mengenai tunggakan bil rawatan perubatanwarga asing terutama dari Indonesia di hospital kerajaan, meningkathampir sekali ganda kepada RM12.8 juta tahun lalu, berbanding RM6.7juta pada 2000






Membawa Internet kepada anda
Memasuki tahun ke-10 pengenalan perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak, ia bukan sahaja menjadi gedung ilmu


DVD doktor bedah terlampau
Masyarakat Filipina enggan menerima permohonan maaf selebriti baru yangmenjadi mangsa rakaman video ghairah pakar bedah kosmetiknya keranamenganggap ia sangat memalukan.

AGAMA : ISNIN 22 JUN 2009

Furuu’ Al Massa il buah tangan terbaru Abu Hassan
BENARLAH bagai dikata menerusi pepatah berbahasa Inggeris, Don't judge a book by it's cover.


Ilmu akidah bersumber karya ulama silam Melayu
Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SAGHIR ABDULLAH


Nabi beruzlah daripada berhala di Kaabah
TAHUKAH anda apa yang dimaksudkan dengan dosa warisan (Original sins)yang dihukum kepada umat manusia, yang kemudiannya ditebus oleh NabiIsa a.s dalam ajaran Kristian?

Kewajipan mencintai Nabi SAW
Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yangsebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalamkepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini pada minggu lepastelah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadapumatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tandacinta dan kasih kepada umatnya.






Melepak, buang masa dibolehkan untuk 5 perkara
GEJALAlepak di kalangan remaja dan warga tua adalah fenomena biasa dalammasyarakat hari ini. Jika remaja semakin ramai mengerumuni kawasankompleks beli-belah, golongan dewasa pula melepak di kedai kopi ataukedai makan.

Islam gariskan pelbagai panduan bantu umat capai kejayaan
BANYAKorang tidak selesa menghadapi kesulitan dan kesusahan, tetapi tidaksedikit pula yang dapat bertahan ketika menghadapi kemudahan ataukesenangan. Ada yang bersabar ketika tidak mempunyai harta, tetapibanyak yang tidak dapat mengendalikan diri apabila diberi hartamelimpah.

Bertunang janji murni ke arah penuhi Sunnah
PERTUNANGANbertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebihmengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaulmesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki danwanita mempunyai batasan tertentu.

Dr Fathi arkitek dakwah, gerakan Islam lebih setengah abad
DUNIAdakwah dan gerakan Islam dikejutkan dengan berita kematian Syeikh DrFathi Yakan, 76, pada 13 Jun lalu. Beliau cukup dikenali di seluruhdunia meninggalkan legasi dakwah hebat sehingga idea, gagasan danpemikirannya melahirkan generasi unik Muslim yang mengagumkan.

HIBURAN : ISNIN 22 JUN 2009


Lima anak pembuka pintu rezeki Andy
MENGHABISKAN masa hampir dua jam bersama figura ini bersama empatdaripada lima orang anaknya di sekitar taman yang terletak di KualaLumpur City Centre (KLCC) petang Khamis lalu, membuat saya cukup ralitmendengar kisah rumah tangganya.


Bapa glamor kongsi rahsia
PERKAHWINANNYAbersama Jennifer Thompson pada tahun 1988 telah mengurniakan Ramli MSsepasang cahaya mata, Najee dan Nadiah yang masing-masing berusia 19dan 15 tahun.


Kasih seorang guru pada seni
GENRE lagu-lagu ghazal, langgam dan pop yeh-yeh bukan sesuatu yang asing buat primadona ini.


Akademi Polis sedarkan masyarakat
SEBELUM ini ada terdengar suara-suara sumbang yang mempersoalkan kredibiliti drama tempatan.






Saya masih solo! - Mulan
POPULARITI yang dikecapi penyanyi bernama Raden Terry Tantri Wulansari atau nama pentasnya Mulan Jameela bukan sedikit.


Tomok, Monkeybone berkrisis?
TAHUN 2009 merupakan tahun yang amat bermakna bagi adik-beradik Tomokdan Ismaliza Ismail (Isma). Tomok yang sebelum ini kurang dikenalisemasa bersama kumpulan New Boyz kini popular selepas diangkat sebagaijuara One In A Million musim ketiga ( OIAM 3 ).


Tawaran hebat BIG Cinemas!
MENYEMARAKKAN tayangan perdana filem Transformers: Revenge of theFallen di Malaysia, rangkaian pawagam terbaru, BIG Cinemas Lotus FiveStar (BIG Cinemas) menawarkan sesuatu yang hebat buat pembaca Kosmo! .


Victoria buang implan
BOSANdengan penampilan lamanya, bekas anggota kumpulan Spice Girls, VictoriaBeckham mahu membuang implan payu daranya dan mengecilkan asetnya itudari saiz 34DD ke 34B.





Tuah angka 3
RAMAIyang berpendapat pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh(AF7), Akim atau nama sebenarnya, Afiq Akim Ahmad paling ketaramenunjukkan transformasi seperti yang diingini dan dipukul canangpengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina.

Sambutan luar biasa
BERSAINGdan berentap hebat dengan Pesta Malam Indonesia 3 (PMI 3) yangberlangsung pada tarikh yang sama Sabtu lalu ternyata tidak menggugatstesen TV3 daripada terus menganjurkan Inspirasi TV3. Menggabungkanmini karnival dan konsert bermula jam 2 petang hingga ke tengah malam,sambutan yang diterima cukup luar biasa apabila lebih 50,000 rakyatMalaysia meluangkan masa memenuhi ruang lingkup Dataran Merdeka yangdipilih menjadi saksi malam penuh bersejarah itu.

Dengarnya...: Nasib malang selebriti bersuami gatal
SUDAHlama Cik Normah terdengar khabar mengenai rumah tangga seorangselebriti jelita yang masih bergetah ini berantakan. Dia sendiri ketikaberbual kosong dengan teman Cik Normah pernah memberi bayanganperkahwinan yang baru beberapa tahun dibina itu dilanda badai.

Gamat RM1 juta muncul di Istana Budaya
MAHUmelihat ruang pentas Panggung Sari yang menjadi kebanggaan premisberprestij, Istana Budaya (IB) bertukar menjadi dasar laut yangdipenuhi hidupan 'bernyawa'. Bayangkan seketika apabila pelbagai spesisikan, obor-obor, sotong, tapak sulaiman dan ketam memenuhi segenapruang di pentas. Mungkin boleh gamat jadinya.

Barangan eksklusif Transfomers
SEMPENAtayangan filem terhebat boxoffice Transformers: Revenge of the Fallenyang akan ditayangkan bermula 24 Jun ini di seluruh dunia, pelbagailangkah promosi diatur untuk memeriahkan filem yang pernah mengutipjualan tiket sebanyak RM2.5 bilion di seluruh dunia pada 2007.

Usahawan pilihan Hunny Madu
TIADAangin, tiada ribut dan tanpa sebarang hebahan, penyampai radio Fly FM,Hunny Madu, 25, mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaanbernama Khairul Azhar Abdul Wahid, 34, tanggal 13 Jun lalu di kediamankeluarganya, Taman Tun Dr Ismail.

Astro yakin tarikan Mat Kacau
DARIPADAhanya watak sampingan dalam program kanak-kanak, Gerak Geri Gasing, MatKacau muncul antara karakter paling dikenali di saluran Astro Ceria.Peranannya untuk mengganggu atau mengacau peserta dalam rancanganpopular kendalian Abang Zoey itu akhirnya meletakkan Mat Kacau sebagaikarakter yang dominan dan diminati.

Dengarnya: Tahniah Radio 24 kerana menongkah arus
ISYYY...!rupa-rupanya sudah dua tahun Radio 24 beroperasi. Cik Normah yakin,tidak ramai yang sedar kewujudan stesen radio yang bertunjangkanprogram berbentuk berita ini. Iyalah, kebanyakan kita lebih bertumpupada stesen radio yang menyiarkan lagu, tidak kiralah lagu lama ataubaru.

Dengarnya...: Bercuti guna duit produksi
KESpekerja sesebuah produksi dibuang bukanlah berita baru dalam industrihiburan dan penyiaran. Pendek kata, kalau orang tu buat perangai, masadepan memang gelap. Begitu juga kalau artis ditangkap khalwat atauterbabit dalam jenayah, susah sikitlah hidupnya selepas kejadian hitamberkenaan.




Faizal bina masa depan
PENAMPILAN pasangan pelakon, Mohd Faizal Mohd Yusup (Faizal), 31,dan isterinya, penyanyi Siti Nordiana Alias (Nana), 25, jauh berbezajika dibandingkan ketika zaman mereka masih remaja dan bercinta.

Ketengah muzik kelab malam
HAMPIR lima tahun tanpa album baru membuatkan Nurshahila AmirHamzah, 19, tidak sabar menunggu kemunculan album ketiganya di bawahlabel Monkey Bone. Album berkonsepkan pop dance dijangka muncul padaJulai ini dengan mengetengahkan muzik baru yang lebih segar dan rancakserta sesuai dimainkan di kelab malam.

Daya saing belum luntur
BIARPUN zaman dikatakan sudah berlalu, hakikatnya popularitipenyanyi Ramlah Ram belum tergugat. Bekas juara Bintang RTM 1985 inimembuktikan dia masih mampu menyanyi dengan baik.

Kehebatan filem Melayu
PATAH tumbuh hilang berganti. Namun, sehingga ke hari ini, tiadasatu filem mampu menandingi kehebatan zaman filem hitam putih. Filem dimana setiap penonton akan terkesan dengan ceritanya, kehebatan lakonandan nilai murni yang ditonjolkan dalam filem seperti Pontianak pada1957, Pendekar Bujang Lapok (1959), Panca Delima (1957) dan SumpahPontianak (1958).

PMI3 hambar, kurang sambutan
HUBUNGAN antara Malaysia dan Indonesia dikatakan tegang akhir-akhirini disebabkan beberapa isu berbangkit menjurus soal kemanusiaansehingga menyentuh sensitiviti rakyat negara seberang itu.

Rezeki Nizam berlakon iklan
MENYEBUT nama pelakon, Nizam Othman, 25, mungkin tidak ramai yangmengenalinya. Penampilan menerusi beberapa iklan komersial dan dramatelevisyen sejak setahun lalu menampakkan potensi besar bakat pemudayang dilahirkan di Kuala Lumpur, namun dibesarkan di Johor Bahru ini.

Depan Mata: Hargai ketika masih hidup
SELAMA dua minggu ruangan ini tidak dapat bersiaran kerana cutimenunaikan umrah. Alhamdulillah, impian menjejakkan kaki ke Tanah SuciMakkah sebagai tetamu Allah, tercapai juga.

Soseh Soseh: Artis mahu tinggal suami
BERTUAH betul artis wanita ini. Walaupun sudah jelas dia membencisuaminya, si suami masih setia di sisi. Khabarnya, sejak berkahwin, sisuami melayannya bagai menatang minyak yang penuh.

Soseh Soseh: Pengarah ganti pelakon berlagak
TIDAK tahulah SS apa hendak jadi dengan dunia hiburan kita yangdibanjiri artis berlagak diva. Artis yang sorang ini pun tidakhabis-habis SS dengar dengan perangai divanya. Daripada zaman remajasehingga sekarang dia masih dengan sikapnya mementingkan diri sendiri.

Semangat baru Colabr8
BUKAN mudah untuk mencapai kejayaan terutama dalam persada muziktempatan yang penuh persaingan dan cabaran. Banyak ranjau dan duriharus diharungi terlebih dulu sebelum impian dapat direalisasikan.

SUKAN : ISNIN 22 JUN 2009

Kembali ke kancah semi pro?
KUALALUMPUR - Kembali ke semi pro? Itu antara format yang mungkin disaksikandalam liga bola sepak tempatan musim depan bagi mengatasi masalahkewangan yang kerap dialami persatuan bola sepak negeri dan kelab....


Hasemi juara GT Jepun
SEPANG- Peluang yang terhidang di depan mata digunakan sebaiknya pasukanNissan, Hasemi Motor Sport untuk muncul juara Super GT Jepun 2009kategori GT500 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam tatkala Nismo yangsepatutnya bermula di petak depan mengalami kerosakan gear padapusingan pemanas badan....

Fairuz hampiri Formula Satu
KUALALUMPUR - Pelumba negara, Fairuz Fauzy menyifatkan kemelut yang melandasukan Formula Satu (F1) ketika ini membuka peluang untuk dia semakinmenghampiri perlumbaan paling berprestij di dunia itu....

Elly tawan litar Ayer Keroh
KUALA LUMPUR - Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong, EllyIdzlianizar Ilias mengungguli saingan Pusingan Keempat kelas expertKejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka(MIMC) di Ayer Keroh, Melaka semalam. ...

Qabil muncul naib juara
PUTRAJAYA- Ekuin negara, Qabil Ambak hanya mampu menduduki tempat kedua acarapaling berprestij, Kelas 44 Masters Cup (130sm) pada hari terakhir SiriPiala Perdana 2009 yang berlangsung di Taman Ekuestrian di sini,semalam....


Formula Future dapat suntikan semangat
PUTRAJAYA- Pasukan Formula Future Malaysia yang akan beraksi pada KejohananDunia di St. Petersburg, Rusia Julai ini mendapat dua suntikan semangatawal, semalam....

Omar Din terima anugerah
SHAH ALAM - Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia, Mahaguru Datuk OmarDin Mauju mendahului senarai penerima anugerah khas tertinggi daripadaPersekutuan Taekwando Global Malaysia (MGTF) sempena KejohananTaekwondo MGTF 2009 di sini, semalam. ...

Kedah ungguli taekwondo MGTF
SHAH ALAM - Hasrat Kedah untuk menjuarai lima tahun berturut-turutpertandingan taekwondo peringkat kebangsaan tercapai apabila diumumkanjohan keseluruhan pada Kejohanan Persekutuan Taekwondo Global Malaysia(MGTF) yang berakhir di sini, semalam. ...

Chong Wei terlalu handal
JAKARTA- Istora Senayan terdiam seketika apabila pukulan smash Datuk Lee ChongWei menjunam tepat ke gelanggang lawan tanpa dapat diangkat bintangtuan rumah, Taufik Hidayat untuk memberikan kejuaraan Terbuka Indonesiakepada jaguh Malaysia itu, semalam....


Sepanyol masih dahaga kemenangan
BLOEMFONTEIN,Afrika Selatan - Sejurus berjaya mengatasi rekod dengan melakarkemenangan ke-15 berturut-turut, Sepanyol memberi amaran bahawa banyaklagi kejuaraan dan rekod dunia yang mahu diburu. ...

Afrika Selatan lega ke babak separuh akhir
BLOEMFONTEIN - Pasukan tuan rumah, Afrika Selatan melahirkan rasa legaapabila layak ke separuh akhir Piala Konfederasi, meskipun tewas 0-2kepada Sepanyol pada perlawanan akhir peringkat kumpulan, semalam. ...

Tevez mahu kekal dalam EPL
MANCHESTER, England - Carlos Tevez mungkin menyertai Chelsea atau Manchester City selepas menolak tawaran Manchester United....

Chambers juara pecut Eropah
LEIRIA,Portugal - Bintang pecut Britain, Dwain Chambers tidak tercabar ketikamudah menjuarai perlumbaan 100 meter lelaki pada Kejohanan OlahragaBerpasukan Eropah, semalam....

Sharapova tidak pasang impian besar
LONDON - Maria Sharapova mengakui dia bakal menyertai KejohananWimbledon tanpa sebarang jangkaan besar untuk mengulangi kejayaannyamemenangi kejohanan itu pada 2004. ...

Vettel raih kejuaraan kedua, ketuai kejayaan 1-2 Red Bull
SILVERSTONE,England - Pelumba Jerman, Sebastian Vettel meraih kejuaraan keduanyamusim ini selepas mengungguli perlumbaan kereta Formula Satu (F1) GrandPrix Britain, semalam..






Chong Wei, Eei Hui-Pei Tty gah
TEGURANkeras Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini menuntut pemainbangkit daripada keaiban Terbuka Singapura jelas tidak sia-sia apabilaLee Chong Wei dan pasangan beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong PeiTty kembali menyelamatkan maruah tercalar itu.

Sepanyol lakar rekod 15 aksi tanpa kalah
BLOEMFONTEIN(Afrika Selatan): Selepas merakamkan rekod baru dunia dengan melakarkemenangan ke-15 berturut-turut, Sepanyol masih perlu melalui satu lagiperlawanan sebelum ia dapat mengatasi catatan rentetan tanpa kalahpaling lama sepanjang zaman.

Presiden FAM: Kaji semula Liga M
FORMATpertandingan Liga Malaysia tampak kian meniti kegagalan andai hakikatitu berpandu kepada bicara ikhlas diluahkan Presiden Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah yang mahu ia dikaji semuladengan satu perubahan drastik.

'Pemain saya mampu gegar Binh Duong'
"MEMANGsukar tetapi tidak mustahil bagi pemain saya mengatasi lawan merekaBinh Duong (Vietnam) pada perlawanan suku akhir esok," demikian launganberani ketua jurulatih pasukan Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullahmenjelang pertembungan penting kalah mati suku akhir Piala AFC, esok.

Jerman juara Piala Dunia Remaja
SKUADhoki Jerman akhirnya dapat menamatkan kemarau 16 tahun tanpa gelaranselepas muncul juara baru Kejohanan Piala Dunia Remaja 2009 menewaskanBelanda 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Taman Daya.

Malaysia akur kekuatan Sri Lanka
SKUADMalaysia bermula baik pada dua kuarter pertama tetapi akhirnya terpaksatunduk kepada kekuatan menyeluruh Sri Lanka sebelum tewas 72-52 padaperlawanan Kumpulan B Kejohanan Bola Jaring Asia di Stadium Juara BukitKiara, semalam.

Hasemi raih kejuaraan pertama Super GT
PASUKANHasemi Motor Sport mencatat kemenangan pertama dalam GT500 padapusingan keempat Super GT International Siri Malaysia di SirkitAntarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Elly, Zamri tawan Litar MMIC
PASUKANPetronas Sprinta Yamaha Ah Hong meraikan kejayaan berganda apabila duapelumba pasukan itu, Elly Idzlianizar Ilias dan Md Zamri Baba menciptakejayaan 1-2 dalam saingan Expert di Litar Motorsports AntarabangsaMelaka (MMIC), semalam.

Skuad Formula Future ceria dapat peruntukan tambahan
PERUNTUKANtambahan RM50,000 untuk skuad Formula Future yang akan mewakili negarake Kejohanan Dunia di St Petersburg, Russia, bulan depan menjadipembakar semangat untuk mereka mempertahankan mahkota kejuaraan.

Pro & Kontra: Tidak wajar pandang remeh Sukan Sea Laos
JAGUHatlit negara seperti Datuk Dr M Jegathesan, pelari pecut Asia, RabuanPit, ratu trek, Marina Chin dan Datuk Mumtaz Jaafar, tidak pernahmerungut apabila menggalas cabaran negara tanpa mengira kejohanan apasekalipun, malah merasa megah apabila mereka terpilih.

Jennifer buat Qabil gigit jari
PENUNGGANGnegara, Qabil Ambak terpaksa menggigit jari hanya mampu meraih tempatkedua acara utama pada hari terakhir Siri Piala Perdana 2009 yang tamatdi Taman Ekuestrian Putrajaya, semalam yang menyaksikan penunggang HongKong, Jennifer Chang dari Mitchells Stable menjuarai Kelas 44 MastersCup (130cm).

6 Wimbledon=15 'Major'
WIMBLEDON:Roger Federer mahu mengukuhkan suatu yang penuh makna denganreputasinya yang sering menitiskan air mata di gelanggang dan dia masihterkenang memori indah mengalirkan air mata kegembiraan selepas menangbuat kali pertama.

Sharapova tidak yakin
LONDON:Maria Sharapova akur dia akan melangkah ke gelanggang saingan Wimbledontanpa sebarang jangkaan besar untuk mengulangi detik gemilang pada 2004- tahun yang menobatkan dirinya sebagai juara.

'Sejak tahun lalu saya nak tinggal United'
LONDON: Pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo yang bakal meninggalkanManchester United untuk menyarung jersi buat Real Madrid dalam rekodperpindahan dunia, tampil membuat satu lagi pendedahan betapa diasebenarnya mahu meninggalkan kelab Old Trafford 12 bulan lalu.

Iraq, NZ temui pintu keluar
JOHANNESBURG:Juara Asia, Iraq dan New Zealand tersingkir daripada saingan PialaKonfederasi selepas masing-masing seri 0-0 dalam perlawanan terakhirKumpulan A, awal pagi semalam.

Red Bull catat kemenangan 1-2
SILVERSTONE: Pemandu Jerman, Sebastian Vettel memimpin pasukan Red Bull mencatatkemenangan 1-2 dalam saingan Grand Prix Britain, semalam ketikapendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Jenson Button bergelut untukmeraih kedudukan keenam.

FIA perlu cari penyelesaian sebelum Julai
SILVERSTONE: Prinsipal pasukan McLaren, Martin Whitmarsh, semalam memberi kata duakepada badan induk Formula Satu (F1), bahawa perjanjian mesti dicapaisebelum berakhirnya Julai ini bagi menghalang pasukan Britain itu dantujuh lagi mengadakan siri perlumbaan sendiri.

Impian Woods pertahan Terbuka AS kian malap
FARMINGDALE(New York): Tiger Woods bergelut tetapi berjaya layak ke pusingan akhirKejohanan Golf Terbuka AS yang terus terjejas kelancarannya gara-garahujan dan cuaca buruk.