Thursday, July 16, 2009

GLOBAL : KHAMIS 16 JULAI 2009


Pesawat Iran terhempas
TEHERAN 15 Julai - Sebuah kapal terbang Iran terhempas di barat lautnegara ini hari ini, menyebabkan kesemua 168 penumpang dan krewterbunuh.

Susilo Bambang tidak layan broker
JAKARTA 15 Julai - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata,beliau tidak menggunakan khidmat broker dalam pembentukan Kabinetnya,sebaliknya beliau dan Boediono sendiri akan membuat pemilihan.

Vaksin H1N1 belum ada - WHO
LONDON 15 Julai - Vaksin selesema babi yang benar-benar berkesan tidakdapat disediakan untuk berbulan-bulan lagi, menjejaskan pelannegara-negara untuk mengawal segera wabak yang semakin merebak itu.

NGO Israel kutuk kekejaman
BAITULMAQDIS15 Julai - Rejim Zionis telah menolak dakwaan Amnesty International,Human Rights Watch dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) bahawa serangannya ke atas Genting Gaza pada Januari lalu telahmenyebabkan kematian orang awam dan kemusnahan pada skala yang tidakterkira.

2 warga kitadianugerah Saintis ASEAN
JAKARTA15 Julai - Empat saintis dari ASEAN termasuk dua rakyat Malaysiadianugerahkan sebagai 'Saintis Masa Depan ASEAN' dalam satu majlis diSekretariat ASEAN di sini Selasa.

Zelaya seru rakyat memberontak
GUATEMALA CITY 15 Julai - Presiden Honduras, Manuel Zelaya menyerurakyat negaranya supaya memberontak untuk membolehkannya kembaliberkuasa berikutan rampasan kuasa tentera yang menyingkirkannya pada 28Jun lalu.

Keluarga pernah bersemuka dengan Raja Pop
LONDON 15 Julai - Keluarga Michael Jackson pernah bersemuka dengan RajaPop itu dalam campur tangan penuh emosi bagi membantunya mengatasimasalah ketagihan ubat, sebelum kematiannya, menurut abang beliau, Tito(gambar) dalam kenyataan yang diterbitkan oleh akhbar Britain hari ini.


Penduduk dunia beri khidmat masyarakat
JOHANNESBURG 15 Julai - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandelameminta penduduk dunia meraikan hari lahirnya dengan melakukan khidmatkepada masyarakat di tempat masing-masing.

Maharaja Jepun lawat Hawaii
HONOLULU 15 Julai - Ketibaan Maharaja Akihito dan Maharani Michiko dipulau ini disambut kira-kira 1,000 pengunjung yang mengucap selamatdatang semasa kedua-dua kerabat diraja Jepun itu melakukan lawatan keTaman Oahu semalam, pada hari pertama lawatan Maharaja dan MaharaniJepun itu selama tiga hari ke Hawaii.

AS tubuh skuad buru al-Qaeda
WASHINGTON 15 Julai - Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah membelanjakansekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.6 juta) dalam program perisikan bagimenubuhkan skuad khas untuk membunuh pemimpin al-Qaeda, namun ia masihbelum menjadi kenyataan.

Pemberontak Sunnah digantung
TEHERAN15 Julai - Iran telah menggantung mati 13 anggota sebuah kumpulanpemberontak Sunnah semalam yang didapati bersalah dalam insidenpengeboman dan pembunuhan di kawasan bergolak di tenggara negara iniyang bersempadan dengan Pakistan dan Afghanistan.

Ahmadinejad angkat sumpah Ogos ini
TEHERAN 15 Julai - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad (gambar) akanmengangkat sumpah di Parlimen pada awal Ogos ini, berikutanpemilihannya semula sebagai Presiden, yang hebat dipertikaikan.


Taliban tembak helikopter bantuan
KABUL 15 Julai - Sebuah helikopter pengangkut bantuan kemanusiaan telahditembak jatuh oleh puak militan di wilayah selatan Afghanistan, yangmerupakan kawasan pemberontakan Taliban.









Pemimpin pembangkang rancang tunjuk kekuatan
TEHERAN: Pemimpin pembangkang Iran merancang menunjukkan kekuatan mereka hariini, apabila mereka menunaikan solat Jumaat di Teheran diketuai ulamaberpengaruh dan bekas Presiden Akbar Hashemi Rafsanjani.

Pegawai polis didakwa musnah bukti kes bunuh wanita
SRINAGAR: Empat pegawai polis ditahan di Kashmir, India selepas didakwamemusnahkan bukti dalam kes rogol dan pembunuhan dua wanita Islam yangmencetuskan bantahan anti-India selama beberapa minggu.

H1N1: 6,000 rakyat Australia berdepan maut
SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan menganggarkan sehingga 6,000 rakyat Australiaboleh mati sekiranya selesema babi mencapai tahap ‘paling teruk’ dalammusim sejuk di Hemisfera Selatan, kata menteri kesihatannya, NicolaRoxon semalam.

Doktor Michael Jackson disiasat
LOSANGELES: Pendakwa raya California semalam berkata, pihaknya sedangmenyiasat berpuluh doktor berkaitan kes Michael Jackson dalam usahanyamengenal pasti ubat yang diambil Raja Pop itu yang mungkinmengakibatkan kematian mengejutnya.

Bintang Bollywood guna Twitter, blog
MUMBAI: Nama-nama besar Bollywood mula mengikuti jejak langkah bintangHollywood dengan menggunakan internet untuk berada lebih dekat denganpeminat.

Ahli politik syor lawan dirogol
NEWDELHI: Seorang ahli politik utama Parti Kongres yang memerintah Indiaditahan polis dan rumahnya dibakar oleh aktivis semalam selepasmencadangkan agar pemimpin lawannya dirogol supaya lebih memahamipenderitaan mangsa rogol di negerinya.

No comments:

Post a Comment