Wednesday, June 17, 2009

NASIONAL : RABU 17 JUN 2009

PM yakin Pas ikhlas
KUALA LUMPUR 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin terhadapkeikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yangdicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,baru-baru ini.

Biasiswa JPA: Pelajar cemerlang bukan bumiputera paling ramai
KUALALUMPUR 16 Jun – Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan palingramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68peratus atau 282 orang berbanding pelajar bumiputera seramai 135 orangatau 32 peratus.

Image
Tingkat kualiti pendidikan
KUALALUMPUR 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kualiti sistempendidikan dari peringkat prasekolah hingga ke institusi pengajiantinggi di negara anggota Komanwel dipertingkatkan supaya sejajar denganera globalisasi.

TPM: Semua berhak dapat pendidikan terbaik
KUALA LUMPUR 16 Jun - Melalui semangat 1Malaysia iaitu gagasan yangdicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setiapindividu khususnya kanak-kanak dalam negara ini tidak terkecualidaripada mendapat pendidikan terbaik

Nasharudin terkejut tindakan Nizar kecoh di Parlimen
KUALA LUMPUR 16 Jun – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isaterkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin yang menimbulkan kekecohan sejurus selepasmengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen semalam.

Image
Kemajuan negara bermula dari kanak-kanak - Rosmah
PUTRAJAYA 16 Jun - Kira-kira 450 kanak-kanak yang menjadi tetamu majlisHari Kanak-Kanak Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteridan Timbalan Menteri (Bakti) hari ini bertuah kerana berpeluang beramahmesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri,Datin Seri Rosmah Mansor.





Image
KDN timbang ISA cegah PKPM
KUALA LUMPUR 16 Jun - Kementerian Dalam Negeri sedang menimbang untukmenggunakan beberapa bentuk undang-undang pencegahan di bawah bidangkuasanya untuk memastikan cubaan menghidupkan kembali Pasukan KhasPersekutuan Malaysia (PKPM) tidak mencapai objektifnya.

6 orang kuat PKPM bantu siasatan
KUANTAN16 Jun - Enam lelaki yang bertindak sebagai orang kuat dalam usahamenghidupkan semula Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) dibawa kePahang hari ini untuk membantu siasatan polis.

Perbuatan Nizar memalukan
KUALALUMPUR 16 Jun - Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk SeriMohammad Nizar Jamaluddin yang memakai lilitan kepala sambil melaungkan'Hidup Rakyat, Bubar DUN' selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyatsemalam sebagai sesuatu yang memalukan.

Haram makan pil perancang
KUALALUMPUR 16 Jun - Lelaki Islam yang makan pil perancang dengan niatmenjadi wanita adalah haram dan berdosa besar, kata Mufti Perak, TanSri Harussani Zakaria.

Tokoh agama seru pulihkan 'mak nyah'
KUALALUMPUR 16 Jun - Tokoh-tokoh agama dan pendidik hari ini menyeru semuapihak berpadu tenaga membantu golongan 'mak nyah' kembali menjalanikehidupan sebagai lelaki normal.

USM tawar bantu Indonesia
NIBONGTEBAL 16 Jun - Universiti Sains Malaysia (USM) sedia menawarkankepakaran untuk membantu Indonesia mewujudkan sistem pertanian baikbagi mengatasi masalah pembakaran hutan dan sisa pertanian di negaraitu yang menjadi punca masalah jerebu.

Image
Kaedah baru hasilkan ferit
NIBONGTEBAL 16 Jun - Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui kaedahbaru menghasilkan ferit magnesium iaitu sejenis bahan yang mampumengurangkan kesan gelombang mikro yang terhasil daripada peralatanelektronik.

Tempurung kepala Azizi boleh dipasang
KUALALUMPUR 16 Jun - Pemasangan semula tempurung kepala Azizi Khalib, 17,yang terpaksa dibuang akibat kemalangan, boleh dilakukan melalui sumberyang diperoleh melalui bank tulang.

Image
Bayi tiada kemaluan
KANGAR16 Jun - Seorang ibu muda di Kampung Batu Lima, Kuala Perlis, di sinimerayu agar ada doktor pakar atau pihak tertentu yang dapat membantuanaknya, Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake, 10 bulan yang dilahirkantanpa kemaluan.

HSB temui keluarga bayi beri penjelasan
ALOR SETAR 16 Jun - Wakil Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akan menemuikeluarga bayi perempuan yang didakwa ibunya patah tulang kedua-duabelah paha disebabkan kecuaian kakitangan hospital itu untuk memberipenjelasan terperinci mengenai keadaan tersebut.

Kelemahan pengurusan PLKN diperbaiki
KUALA LUMPUR 16 Jun - Kerajaan akan terus mengenal pasti kelemahanpengurusan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi memastikanmutu latihan yang dijalankan dapat dipertingkatkan dari semasa kesemasa.

Image
26 nyaris maut nahas bas
KUALA LUMPUR 16 Jun - Seramai 26 orang pelancong dan seorang pemandunyaris maut apabila bas pesiaran yang mereka naiki terbabas sebelumterbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands dekat sini hari ini.

Satu lagi kes H1N1
KUALALUMPUR 16 Jun - Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kes terbaruselesema babi atau jangkitan virus influenza A (H1N1), menjadikansehingga kini 18 kes dicatatkan di negara ini.

Wanita dikuarantin di HSA
JOHORBAHRU 16 Jun - Seorang wanita tempatan dikuarantin di Hospital SultanahAminah (HSA) di sini kerana disyaki diserang virus influenza A (H1N1).

Saman serta-merta pembiak aedes
KUALALUMPUR 16 Jun - Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegasmenyaman serta-merta pemilik rumah atau premis yang didapati menjaditempat pembiakan nyamuk aedes.

Boleh didakwa menghasut
KUALA LUMPUR 16 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bolehdidakwa di bawah Akta Hasutan jika cadangannya membenarkan bekasSetiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulangmenimbulkan kegelisahan dan mengganggu ketenteraman awam.

Lebih mulia Anwar bantu balu anggota tentera - PBTM
KOTA BHARU 16 Jun - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) memintaKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjuangkan kepentinganbalu-balu anggota tentera dan bekas tentera yang tercedera ketikamenentang pengganas komunis dahulu.

Kempen dedah bahaya ubat
KUALA LUMPUR 16 Jun - Kementerian Kesihatan akan mengerakkan kempenbesar-besaran di negara ini bagi menyedarkan orang ramai bahayapenggunaan ubat tanpa merujuk kepada doktor bertauliah.

Ahli farmasi digesa lebih beretika
KUALALUMPUR 16 Jun - Ahli-ahli farmasi diingatkan supaya lebih beretika danjangan mengambil kesempatan kenaifan pengguna terhadap ubat-ubatansemata-mata untuk mengaut untung.

APMM cari pengalaman
PUTRAJAYA16 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berharap dapatmembantu memadam kebakaran hutan di Indonesia bagi menimba pengalamanmenggunakan pesawat jenis Bombardier 415 yang baru diterima awal tahunini.

Penternak ayam berdegil
PUTRAJAYA 16 Jun - Persatuan Penternak Ayam masih berdegil engganmenyertai perbincangan dalam Jawatankuasa Penetapan Harga Ayam yangditubuhkan sebulan lalu.

15 murid dirawat keracunan makanan
MACHANG 16 Jun - Seramai 15 kanak-kanak prasekolah dikejarkan keHospital Machang (HM) oleh ibu bapa masing-masing selepas mengadu sakitperut, muntah dan cirit-birit sebaik pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment