Wednesday, June 17, 2009

GLOBAL : RABU 17 JUN 2009

Letupan lombong di Sumatera
JAKARTA 16 Jun - Seramai sembilan pelombong terbunuh, manakala 32 lagimasih hilang dan dikhuatiri maut selepas berlaku satu letupan kuat dankejadian tanah runtuh di dalam sebuah lombong arang batu di SumateraBarat hari ini.

Image
Rapat umum bertukar ganas
TEHERAN16 Jun - Tujuh orang terbunuh apabila keganasan tercetus semasa rapatumum besar-besaran anjuran pembangkang di tengah ibu negara Iran malamtadi bagi membantah kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalampilihan raya Presiden negara ini pada Jumaat lalu.

Image
400 kebakaran hutan dikesan di Riau
JAKARTA16 Jun - Lebih 400 kebakaran hutan dan belukar dicatatkan di wilayahRiau, Indonesia pada bulan ini, satu peningkatan besar berbandingtempoh yang sama pada tahun lepas.

Badan tertinggi Iran sedia kira semula undi
TEHERAN16 Jun - Badan perundangan tertinggi Iran bersedia untuk mengarahkanpengiraan semula undi jika penyelewengan didapati berlaku dalam pilihanraya Presiden yang dimenangi oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad,baru-baru ini.

Ahmadinejad sindir AS
YEKATERINBURG16 Jun - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini menyertai parapemimpin dunia pada satu sidang kemuncak serantau di Rusia danmenyindir Amerika Syarikat (AS), dengan mengisytiharkan zaman empayarsudah berakhir.

Image
Israel cipta robot ular
JERUSELAM16 Jun - Israel merancang membangunkan robot ular untuk tujuanpenyamaran dan pengintipan bagi kegunaan tentera negara ini.

Sasaran pilihan raya Presiden satu pusingan
JAKARTA16 Jun - Banyak pihak kini berusaha bagi memastikan pilihan rayaPresiden Indonesia hanya diadakan dalam satu pusingan, sebagai usahauntuk berjimat dalam menghadapi krisis ekonomi global.

Thai edar sejuta buku kecil mengenai selesema babi
BANGKOK16 Jun - Thailand akan mengedarkan sejuta naskhah buku kecil mengenaiselesema babi kepada orang ramai selepas bilangan jangkitan penyakititu meningkat lebih 20 kali ganda dalam tempoh seminggu.

Image
Mahkamah China bebas pelayan
BEIJING16 Jun - Seorang pelayan bar karaoke yang menjadi wira masyarakatsetempat selepas menikam sehingga mati seorang pegawai komunis yangcuba merogolnya, telah dibebaskan pada Selasa lalu oleh mahkamah yangmemutuskan bahawa wanita itu membunuh bagi mempertahankan diri.

Jimmy Carter lawat Gaza
GAZACITY 16 Jun - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Cartermenjejakkan kaki di Genting Gaza hari ini, selepas menggesa Israelmenarik balik sekatan ke atas wilayah Palestin yang ditadbir oleh Hamasini dan berhenti memperlakukan penduduknya seperti 'orang gasar.'

Bayi mati akibat H1N1
LONDON16 Jun - Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang wanita dua minggulalu menjadi mangsa kedua yang mati akibat selesema babi di luarAmerika Syarikat semalam.

Itali setuju terima tahanan Gitmo
WASHINGTON16 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalammengumumkan bahawa Itali telah bersetuju untuk menerima tiga tahanandaripada kem penjara AS di Teluk Guantanamo, Cuba.

Tentera AS kawal pilihan raya
KABUL16 Jun - Amerika Syarikat (AS) menghantar berpuluh-puluh ribu anggotatentera sebagai persiapan menghadapi kemungkinan keganasan oleh puakTaliban sepanjang musim kempen pilihan raya Presiden Afghanistan yangakan berlangsung selama dua bulan mulai hari ini.

Harga tanah kubur di Rom melambung
ROM16 Jun - 'Harga' kematian di bandar raya ini terus meningkat, berikutanharga lelong lot-lot tanah perkuburan utama di Rom terus melambung.

2 saintis AS terima Hadiah Shaw
HONGKONG 16 Jun - Dua saintis dari Amerika Syarikat (AS) diumumkan sebagaipemenang Hadiah Shaw, juga dikenali sebagai Hadiah Nobel timur, keranakajian mereka yang mencabar andaian bahawa obesiti berpunca daripadakurangnya keazaman untuk mengurangkan makan dan mengawal berat badan.

No comments:

Post a Comment