Friday, July 10, 2009

SUKAN : JUMAAT 10 JULAI 2009


Zimbabwe uji skuad Malaysia
PETALING JAYA - Bukan Liberia yang menjadi lawan pasukan kebangsaanpada aksi persahabatan Ahad dan Selasa ini apabila skuad berkedudukan142 dunia itu tidak menurunkan skuad utama seperti yang dijanjikan. .

Para ASEAN V kurang RM600,000
KUALALUMPUR - Penganjuran Sukan Para ASEAN V Kuala Lumpur 2009 masih lagimengalami kekurangan dana sebanyak RM600,000 walaupun sudah mendapatgeran kerajaan sebanyak RM4 juta....

Hon Keong jumpa Kelvin Hoo
KUALALUMPUR - Belumpun lagi sampai ke perlawanan akhir, skuad memanah negarasudah mempamerkan kecemerlangan berganda pada saingan peringkat awalacara compound Kejohanan Grand Prix Memanah Asia, di sini, semalam....

Percaturan mengena
SEREMBAN- Satu percaturan yang baik untuk jurulatih Negeri Sembilan, Wan JamakWan Hassan apabila keputusan menggugurkan pemain utama yang tidakkomited membuahkan hasil 'lumayan' di Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi, baru-baru ini....

Hanya terbaik akan ke MotoGP
SEPANG - Pelumba tempatan akan kembali membuat penampilan semula dalamperlumbaan MotoGP Malaysia, namun dari 17 pelumba yang tersenarai hanyaseorang sahaja yang akan terpilih. ...

Wild Card julang motivasi Iskandar
KUALA LUMPUR - Tersenarai sebagai antara empat calon untuk beraksi padaMotoGP Malaysia Oktober depan menerusi penyertaan secara wild card,merupakan khabar gembira buat Md. Iskandar Raduan menjelang pusingankelima Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang hujungminggu ini. ...

Tujuh birdie julang Chih Bing
SEREMBAN - Catatan tujuh di bawah par 65 melonjakkan pemain Singapura,Lam Chih Bing untuk muncul sebagai pendahulu pada hari pertamaKejohanan Golf Undangan Salcon Negeri Masters 2009 Edisi Kelima. ...

FOTA, FIA terus bergolak
NURBURGRING,Jerman - Masa depan Formula Satu sekali lagi dibelenggu dengan situasitidak menentu kelmarin, beberapa hari sebelum bermulanya perlumbaanGrand Prix Jerman....

Button janji bangkit untuk ke prestasi kemuncak
NURBURGRING, Jerman - Pendahulu keseluruhan, Jenson Button yakin diaakan bangkit ke prestasi kemuncak perlumbaan Formula Satu (F1) GrandPrix Jerman minggu ini. ...

Pendakian penentu Armstrong
PERPIGNAN,Perancis - Dalam tempoh kurang dari 48 jam, Lance Armstrong akanmenemui jawapan mengenai keupayaannya untuk memenangi kejuaraan kelapanTour de France....

Nakamura terpaksa sesuaikan diri di Sepanyol pula
TOKYO - Pemain Jepun, Shunsuke Nakamura menjangkakan layanan yangsederhana akan diterimanya selepas bakal berkhidmat dengan kelabSepanyol, Espanyol. ...

Pato kahwini aktres Brazil
RIO DE JANEIRO - Penyerang AC Milan, Alexandre Pato mengahwini seorangpelakon Brazil dalam satu majlis gilang gemilang yang dihadiri olehselebriti dan juga bintang-bintang bola sepak.





'Tiga beregu jadi penghalang'
MEREKA mungkin berkongsi ranking di kemuncak dunia. Tetapi ketika bersiapuntuk Kejohanan Badminton Dunia, bulan depan jelas wujud jurang ketaradi antara Lee Chong Wei dan gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

'Tiada ruang lagi untuk maju di MU'
LONDON: Cristiano Ronaldo menegaskan keinginannya untuk memenangi lebih banyaktrofi jadi penyebab perpindahannya ke Real Madrid.

'PSM perlu rendah diri, minta bantuan orang lama'
ILMU yang dicurah jurulatih sepak takraw ketika ini dianggap sudah lapuk danketinggalan zaman atau mengambil langkah mundur, suatu yang dilihatmenjadi punca persembahan terburuk negara dalam kejohanan Piala RajaThailand yang lalu.

Yakeb perkenal derma cara SMS
KEMPEN 1Ringgit 1Malaysia anjuran Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (Yakeb)memperkenalkan kaedah sumbangan menerusi sistem pesanan ringkas (sms)sebagai satu cara memudahkan mereka yang berminat menderma kepadatabung membantu bekas atlit yang pernah menabur khidmat kepada negarasuatu ketika dulu.

KLAPGOC lega bantuan tajaan tampung separuh
PENGANJUR Sukan Para Asean Ke-5 kini mampu menghela nafas lega selepas berjayamengumpulkan penajaan untuk menampung separuh daripada defisit RM1.2juta yang diperlukan untuk menjayakan temasya sukan atlit kurang upayadi Kuala Lumpur pada 15 sehingga 19 Ogos ini.

Cheng dapat petua atasi Yong-ho
"SIAPA yang bijak menangani tekanan mampu menang." Itu formula dibayangkanketua jurulatih negara terutama buat pemanah harapan, Cheng Chu Sianmenumpaskan lawan dari Korea Selatan yang tampak terlalu kebal padaGrand Prix Memanah Asia ke-3, kali ini.

Persiapan skuad negara hadapi MU tidak terjejas
PERSIAPAN skuad negara untuk menghadapi juara Liga Perdana Inggeris (EPL),Manchester United dalam perlawanan persahabatan berprestij pada 18Julai ini tidak terjejas walaupun Liberia - lawan yang dijadualkan bagipemanas badan Ahad ini dan Selasa depan membatalkan hasrat untuk keMalaysia.

Skuad hoki Malaysia terus cemerlang
SKUAD hoki Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah selepas merakamkankemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Russia 4-3 pada perlawananterakhir Kumpulan B, Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 2 di Dublin,Ireland, malam tadi.

Gerrard akhiri kebuntuan
LONDON: Steven Gerrard mengambil satu lagi langkah ke arah menamatkan kerjayagemilang selaku pemain untuk sebuah kelab apabila menandatanganiperjanjian baru empat tahun bersama gergasi Inggeris, Liverpool.

City tunggu Terry buka mulut
LONDON: John Terry kembali untuk hari pertama bagi sesi latihan pra-musimdengan masa depan di Chelsea masih belum pasti sehingga dia membuatkenyataan terbuka mengenai minat Manchester City terhadap sumbangannyaberikutan tawaran rasmi kali kedua kelab itu bernilai 30 juta pound(RM177 juta), minggu lalu.

Piala Emas: Quaranta, Ching julang AS
WASHINGTON: Santino Quaranta memecahkan kebuntuan pada minit ke-75 dan Brian Chingmenyusul dengan tandukan pada minit ke-79 untuk membolehkan AmerikaSyarikat mengalahkan Honduras 2-0 dalam saingan bola sepak Piala EmasConcacaf, kelmarin.

Kemelut F1 bergolak kembali NURBURGRING: Masa depan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) sekali lagi terjerumusdalam ketidaktentuan, kelmarin - hanya beberapa hari menjelang GrandPrix Jerman apabila perjanjian damai yang dipersetujui beberapa minggulalu berkecai tatkala lapan pasukan yang membentuk Persatuan PasukanFormula Satu (FOTA), melangkah keluar daripada pertemuan denganPersekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Button yakin mampu bangkit di GP Jerman
NURBURGRING: Pendahulu kedudukan pemandu dunia, Jenson Button, yakin mampu kembalike tahap prestasi terbaik pada perlumbaan Grand Prix Formula SatuJerman, hujung minggu ini.

Hushovd ungguli peringkat keenam
BARCELONA (Sepanyol): Thor Hushovd dari Norway mengetuai kelompok pecut dalampenyudahan garisan penamat, malam tadi untuk menjuarai peringkatkeenam, Tour de France dalam keadaan jalan licin gara-gara hujan.

Sepanyol tidak gentar tanpa Nadal
PARIS:Juara bertahan, Sepanyol akan menyerang habis-habisan musuh tradisi,Jerman dalam pertemuan suku akhir Piala Davis dalam gelanggang khas dilapangan laga lembu Marbella bermula, hari ini.

Peirsol rampas rekod kuak lentang 100m
INDIANAPOLIS: Aaron Peirsol membayangi penampilan pertama Michael Phelps dalamkejohanan renang kebangsaan AS, kelmarin apabila gah merampas semularekod kuak lentang 100 meter menerusi persembahan yang menakjubkan.

Ochoa tidak sabar sambung dominasi Jelajah LPGA
BETHLEHEM(Pennsylvania): Pemain nombor satu dunia, Lorena Ochoa sedar dia perlubersabar tetapi pemain Mexico itu berkata kelmarin dia tidak sabar lagiuntuk menyambung dominasi dalam Jelajah LPGA.

Impian kian pudar buat Hup Wei
JAGUH lompat tinggi negara, Lee Hup Wei mengakui dia mungkin tidak sempatlagi mengejar catatan untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia diBerlin, Ogos ini disebabkan masa yang terlalu suntuk.

Jazeman seronok pandu simulator
PELUMBAmuda Malaysia, Jazeman Jaafar diberi peluang untuk merasai pengalamanmemandu simulator kereta lumba A1GP, ihsan Pasukan A1 Malaysia,baru-baru ini.

Iskandar dapat motivasi tambahan
PERLUMBAAN Pusingan 5 siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas di LitarSepang pasti memberikan motivasi tambahan buat Mohd Iskandar Raduanapatah lagi dia turut tersenarai sebagai empat pelumba terakhirterpilih menerusi slot ‘wild card’ ke Kejuaraan Motosikal Dunia.

Kuartet negara tidak sabar buru tempat aksi 125cc MotoGP
SEMANGAT kian membara buat empat pelumba - Elly Idzlianizar Ilias, Md IskandarRaduan, Mohd Farid Ahmad dan Mohd Zulfahmi Khairuddin, buat bersaingmendapatkan tempat dalam saingan 125cc MotoGP Malaysia pada Oktoberdepan.

Chih Bing dahului saingan hari pertama
PEMAIN golf profesional Singapura, Lam Chih Bing (gambar) mendahului sainganhari pertama Kejohanan Golf Negeri Masters 2009 di Kelab GolfAntarabangsa Seremban (SIGC), semalam selepas mencatat tujuh bawah par65 pukulan.

No comments:

Post a Comment