Friday, July 10, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : JUMAAT 10 JULAI 2009

MB Perak: Nizar dibenar merayu
PUTRAJAYA 9 Julai - Keputusan muktamad siapa Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Isu muflis suami Zakiah Anas selesai
SHAH ALAM 9 Julai - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memutuskanbahawa isu status muflis suami personaliti TV3, Zakiah Anas selesai danpelepasan daripada Pengarah Jabatan Insolvensi tidak diperlukan untukmemulakan prosiding cerai taklik pasangan itu.

Lelaki tidak sempat nikmati RM350,000
PULAU PINANG 9 Julai - Belum pun sempat menikmati wang sogokanberjumlah RM350,000, seorang perunding pihak berkuasa tempatan negeriini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sinisemalam.

3 wanita asing bawa syabu ditahan
KUALALUMPUR 9 Julai - Tiga wanita warga asing yang bertindak sebagai kurierbagi satu sindiket dadah antarabangsa, ditahan dengan sejumlah dadahjenis syabu seberat 4.82 kilogram bernilai RM1.25 juta.









Beri racun tikus antara tindakan amah dera majikan
KUALALUMPUR: Pembantu rumah dera suami majikan dengan memberinya racun tikusadalah antara 17 kes pembantu rumah mendera majikan dilaporkan dinegara ini sejak 2006.

'Saudara Sujatha minta siasat punca kematian'
KUALALUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mengakui di MahkamahKoroner di sini, semalam laporan polis untuk menyiasat punca kematianpelakon K Sujatha dibuat selepas menerima panggilan daripada saudaramangsa dan surat layang serta dua keratan akhbar yang memintanyamembangkitkan isu itu.

Lelaki rogol murid kena 10 tahun, rotan
KUALALUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatanrotan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan merogolseorang murid Darjah Enam, dua tahun lalu.

Suami muflis tak jejas kes cerai Zakiah
SHAHALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, memutuskan isu muflissuami personaliti televisyen, Zakiah Anas, yang dibangkitkan dalampermohonan cerai itu tidak menjejaskan hal berkaitan nikah dan cerai.

Wanita kerugian RM120,000
KUANTAN: Seorang pengurus wanita sebuah pasar raya, di sini kerugianRM120,000 apabila peti besi miliknya yang menyimpan barang kemas, wangtunai serta jam tangan dilarikan sekumpulan pencuri yang memecah masukrumahnya, di Air Putih, di sini, petang kelmarin.

Gadis cuba terjun jambatan jejas khidmat LRT
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluanAmpang tergendala lebih sejam berikutan tindakan seorang gadis mengugutterjun dari Jambatan Seri Sarawak ke laluan itu berhampiran stesen LRTPudu di sini, semalam.

Wook tertekan, menangis setiap hari rindui suami
KUALABERANG: Wook Kundur, 106, yang merindui suaminya, menangis setiap harisejak lelaki yang 69 tahun lebih muda daripadanya menjalani rawatanpemulihan dadah selama dua tahun di Sungai Besi Kuala Lumpur, Selasalalu.

Perunding PBT minta rasuah RM350,000 ditahan
GEORGETOWN:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang perundingpihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini kerana meminta sogokanRM350,000 daripada kontraktor bagi memperakui projek menaik taraf ZonPerindustrian Bebas (FIZ) di Bayan Lepas yang bernilai RM11 juta.

Pasangan suami isteri edar dadah direman
JITRA:Sepasang suami isteri mempunyai tiga anak berusia dua hingga 11 tahunmerengkok di penjara selepas ditahan polis kerana disyaki mengedardadah di sekitar kawasan Kodiang, di sini

No comments:

Post a Comment