Tuesday, July 14, 2009

GLOBAL : SELASA 14 JULAI 2009

China dakwa rusuhan Urumqi dirancang
BEIJING 13 Julai - Demonstrasi terhadap konsulat-konsulat China diEropah dan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan rusuhan etnik di Urumqitelah dirancang, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Pilihan raya Jepun bulan depan
TOKYO13 Julai - Perdana Menteri Jepun, Taro Aso (gambar ) mengambilkeputusan untuk mengadakan pilihan raya umum pada bulan depan, walaupunParti Liberal Demokratik (LDP) pimpinannya menghadapi kemungkinan akanhilang kuasa.

Penunjuk perasaan Indonesia seru jihad
JAKARTA13 Julai - Sekumpulan rakyat Indonesia beragama Islam menyeru ke arahjihad dan bertempur dengan pengawal keselamatan dalam satu protes diluar kedutaan China di sini hari ini, sebagai sokongan kepada etnikIslam Uighur China.

Palin terus berpolitik
WASHINGTON13 Julai - Gabenor Alaska, Sarah Palin ( gambar ) berkata, beliau bukansahaja akan terus terlibat dalam politik kebangsaan, malah berhasratuntuk kembali ke arena tersebut selepas meninggalkan pejabatnya akhirbulan ini.

Susilo digesa lantik lebih ramai profesional
JAKARTA13 Julai - Beberapa pakar politik menggesa Presiden Indonesia, SusiloBambang Yudhoyono membentuk sebuah Kabinet yang lebih profesionalselepas beliau diisytiharkan secara rasmi kelak sebagai pemenangpilihan raya Presiden (Pilpres) pada 8 Julai lalu.

Obama arah siasat hukuman mati Taliban
WASHINGTON13 Julai - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dalam satutemuramah yang bakal disiarkan hari ini berkata, beliau telahmengarahkan siasatan dilakukan ekoran cubaan membatalkan siasatanterhadap kejadian tahanan Taliban dihukum mati beramai-ramai diAfghanistan.

Surya Paloh calon ganti Jusuf Kalla
JAKARTA13 Julai - Hartawan media Indonesia, Surya Paloh mempunyai peluang yangsama dengan seorang lagi hartawan, Aburizal Bakrie untuk menggantikanJusuf Kalla sebagai pengerusi parti dan berkemungkinan besar tewasdalam pilihan raya presiden yang undinya sedang dikira sekarang.

Bapa Michael mahu tubuhkan The Jackson Three
LOSANGELES 13 Julai - Bapa Michael Jackson, Joe, bakal menampilkan tigaanak Raja Pop tersebut sebagai The Jackson Three dalam satu jelajahdunia walaupun ahli keluarga menuduhnya cuba 'mengeksploitasi merekaseperti Jackson'.

Berlusconi mohon maaf
ROME13 Julai - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meminta maaf ekoranserangan editorial ke atas isteri Presiden Perancis, Carla Bruniberikutan beliau tidak hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan semasasidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) minggu lalu.

Micheletti mahu Zelaya diadili
TEGUCIGALPA13 Julai - Pemimpin kerajaan sementara Honduras, Roberto Micheletti(gambar) semalam berkata, Presiden Manuel Zelaya yang digulingkan tidakakan dibenarkan kembali berkuasa dalam apa juga keadaan namun bolehdiberikan pengampunan sekiranya beliau pulang untuk berdepan keadilan.

Rudd dikritik tidak guna kelebihan Mandarin
CANBERRA13 Julai - Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd (gambar ) yang fasihberbahasa Mandarin dan pernah menjadi diplomat di Beijing, hari inidikritik kerana tidak memanfaatkan kelebihan tersebut dalam kes seorangeksekutif Australia yang ditahan oleh China.







'Tubuh Jacko penuh ubat, dadah'
LOSANGELES: Laporan keracunan Raja Pop, Michael Jackson yang dibocorkanmendakwa, tubuh penyanyi itu mengandungi ubat penahan sakit yang kuatserta dadah yang terlalu banyak dan boleh membawa maut.

'PBB perlu isytihar negara Palestin'
BRUSSELS:Kesatuan Eropah (EU) menggesa Majlis Keselamatan PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf pembentukan sebuah negaraPalestin yang berdaulat selepas tempoh tertentu meskipun pemimpinIsrael dan Palestin belum mencapai persetujuan.

Macam-Macam: Pelacur beri diskaun penunggang basikal
BERLIN: Sebuah rumah pelacuran di sini menawarkan diskaun kepada pelanggan jika mereka datang ke situ dengan berbasikal.

Duta Amerika ke Iraq nyaris maut serangan bom
BAGHDAD: Letupan sebutir bom kecil hampir mengenai sebuah kenderaan yang membawaduta Amerika Syarikat ke Iraq, Christopher Hill, di selatan negaraTeluk itu, lapor kedutaan berkenaan, semalam.

Dua lagi etnik Uighur maut di kota Urumqi
URUMQI: Polis China menembak mati dua penduduk keturunan Uighur dalam kekacauan terbaru di Xinjiang, semalam.

Rumah ulama musnah kena bom
MULTAN:Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, tujuh daripadanyakanak-kanak, dan 70 lagi cedera manakala ramai lagi masih terperangkapdalam letupan bom di rumah seorang ulama di tengah Pakistan, semalam,kata pegawai.

Iran selar Jerman kes wanita Mesir ditikam
TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menuntut Jerman memikultanggungjawab atas pembunuhan seorang wanita Mesir di mahkamahnya sertamenyifatkan negara berkenaan sepatutnya dikutuk anggota PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Demokrat tuduh Cheney salah guna kuasa
WASHINGTON: Parti Demokrat semalam menuduh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat,Dick Cheney menyalahgunakan kuasa apabila didakwa mengarahkan AgensiPerisikan Pusat (CIA) merahsiakan program memerangi keganasan daripadapengetahuan anggota Kongres.

Sherawat dapat undangan Twitter
CALIFORNIA: Bintang Bollywood, Mallika Sherawat menjadi aktres pertama India yangdiundang melawat ibu pejabat rangkaian sosial percuma dan perkhidmatanblogmikro, Twitter, di San Francisco, California, esok.

Kematian penduduk Uighur meningkat
URUMQI: Polis China menembak mati dua penduduk keturunan Uighur dalam kekacauan terbaru di Xinjiang, semalam.

No comments:

Post a Comment