Sunday, July 12, 2009

NASIONAL : AHAD 12 JULAI 2009


11 ‘hadiah rakyat’
"HARI ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian"

Tingkat kesejahteraan rakyat
KUALA LUMPUR 11 Julai - Sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri hariini, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk terus meningkatkankesejahteraan hidup rakyat untuk masa depan yang lebih baik dan makmur.

Pas tidak tutup pintu - Hadi
KUALAKRAI 11 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskanPas tidak akan menutup pintu bagi berbincang dengan UMNO danpihak-pihak lain mengenai Islam.

PM umum enam bidang keberhasilan utama
KUALALUMPUR 11 Julai - Selain 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat DatukSeri Najib Tun Razak sempena genap 100 menjadi Perdana Menteri hariini, beliau turut mengumumkan enam bidang keberhasilan utama nasional(KRA) untuk mencapai matlamat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) denganlebih berkesan.





11 hadiah mesra rakyat
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang menyambut 100 hari sebagai PerdanaMenteri semalam, mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat.





Menteri Kabinet tiada 'pilihan'
KUALA LUMPUR 11 Julai - Barisan menteri Kabinet tidak mempunyai pilihankecuali melipatgandakan prestasi dan usaha masing-masing bagimelaksanakan enam perkara baru dalam bidang-bidang keberhasilan utamanasional (NKRA).


Prestasi Najib akan melonjak - Dr. Mahathir
CYBERJAYA11 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandanganbahawa prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akanmelonjak jika pelbagai program yang disasarkan dalam pentadbiran beliautercapai.

Pak Lah minta rakyat sokong pimpinan Najib
KEPALABATAS 11 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawimenyeru semua pihak bersama menyokong dasar kerajaan pimpinan DatukSeri Najib Tun Razak bagi memastikan usaha membangunkan negara sertamemulihkan ekonomi dapat dilakukan dengan berkesan.

Najib sedang berusaha - Tengku Razaleigh
KUALALUMPUR 11 Julai - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzahmelihat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang sedangbenar-benar berusaha membantu rakyat dan negara ini dalam tempoh 100hari pentadbirannya.

Tanpa paluan kompang, bunga manggar
KUALA LUMPUR 11 Julai - Tidak seperti biasa, ketibaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan 100 Hari PerdanaMenteri Bersama Rakyat hari ini sunyi daripada paluan kompang.

PM rasmi Projek Agropolitan Pekan 4 Ogos
KUANTAN 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akanmerasmikan Projek Agropolitan Pekan yang bakal menawarkan kira-kira5,000 pekerjaan kepada penduduk sekitarnya pada 4 Ogos ini.

44,905 unit rumah PPR bakal dimiliki warga kota
KUALALUMPUR 11 Julai - Sebanyak 44,905 unit rumah sewa di bawah ProjekPerumahan Rakyat (PPR) sedia dijual kepada penghuni yang selama inimenyewa rumah terbabit bermula November ini secaraberperingkat-peringkat.


PM rai 200,000 jemaah tabligh
NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yanghadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sinihari ini.

Ijtimak perkukuhkan dakwah Islamiah - TPM
NILAI11 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari inimeluangkan masa selama 45 minit bersama lebih 200,000 jemaah sempenaIjtimak (Perhimpunan) Dakwah Talbigh Sedunia yang berlangsung di sinisejak 8 Julai lalu.

Pemansuhan tak jejas generasi muda
JOHORBAHRU 11 Julai - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan menjejaskan masadepan generasi akan datang.

Waktu pengajaran BI ditambah 100 peratus
KUALALUMPUR 11 Julai - Waktu pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeristerutama di sekolah kebangsaan akan ditambah 100 peratus bagimenjadikan pengajarannya sebagai keutamaan menjelang 2012.

Terjemahan: Peranan DBP, ITNM diperkukuh
KUALA LUMPUR 11 Julai - Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sertatanggungjawab Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) akanditingkatkan bagi mempercepatkan terjemahan dan penerbitan mengenaisains, teknologi dan matematik ke bahasa Melayu.

44 kes baru H1N1, 560 pesakit sembuh
PETALINGJAYA 11 Julai - Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan 44 kes barujangkitan virus selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara inimenjadikan jumlah terkumpul pesakit ialah 671 orang.

22 lagi pusat cari kerja
KOTABHARU 11 Julai - Sebanyak 22 buah lagi pusat mencari pekerjaan akandiwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia di lokasi strategik diseluruh negara menjelang September ini.

Cari populariti guna isu perkauman
TEMERLOH11 Julai - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K.Devamany menyelar sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota AlamShah, M. Manoharan yang menggunakan isu perkauman untuk mencaripopulariti.

Rumah sembelih babi mesra alam
YAN 11 Julai - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razakmemberi jaminan bahawa rumah penyembelihan babi yang bakal dibuka dinegeri ini akan berkonsep mesra alam, bagi memastikan keadaanpersekitarannya tidak tercemar sehingga menyusahkan penduduk tempatan.

Tiga sahabat terbunuh
KUALAKRAI 11 Julai - Tiga sahabat termasuk seorang guru terbunuh apabilakereta yang mereka naiki terbalik dan merempuh sebatang pokok di JalanSultan Yahya Petra, dekat sini malam tadi.

Nahas 2 kereta: Pelayan bar maut
PULAUPINANG 11 Julai - Seorang pelayan bar terbunuh dalam satu kemalanganjalan raya di hadapan sebuah kondominium berhampiran pusat beli-belahQueensbay, Bayan Baru, di sini awal pagi ini.

Ibu lega terima SMS daripada Era
KUALALUMPUR 11 Julai – Penantian keluarga remaja yang menghilangkan diridari rumah, Era Fazira Mohd. Sukri, 16, sejak 1 Julai lalu, mungkinberakhir selepas dia mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadaibunya untuk pulang, esok.

6 pelancong Singapura, pemandu cedera, bas langgar treler
JASIN11 Julai - Seorang pemandu bas persiaran dan enam pelancong Singapuracedera selepas kenderaan yang mereka naiki melanggar sebuah trelermembawa muatan jagung di Kilometer 179.3 Lebuh Raya Utara-Selatan disini awal pagi ini.

Pasang NGV di bengkel yang diiktiraf
KUALALUMPUR 11 Julai – Pemilik kenderaan yang berhasrat menggunakan gas asli(NGV) sebagai bahan bakar dinasihatkan supaya hanya memilih kedai yangdiiktiraf untuk memasang tangki bahan bakar tersebut pada kenderaanmereka.


'Hari Tidak Berbelanja'
KUALALUMPUR 11 Julai - Kepada kaki membeli-belah yang boros, anda mungkinberpeluang mempelajari sesuatu daripada 'Hari Tidak Berbelanja' anjuranGabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pada 16 Julai ini.

Telefon bimbit hanya RM78
KUALALUMPUR 11 Julai - Rakyat perlu mengubah mentaliti ketika berbelanjadengan lebih mengutamakan barangan yang berkualiti buatan tempatan,kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, DatukSeri Ismail Sabri Yaakob.

Snek rambutan melalui kaedah gorengan
KUALALUMPUR 11 Julai - Tentu ramai tidak percaya bahawa selain boleh dimakanbegitu saja, rambutan kini dijadikan makanan ringan untuk dinikmatipada bila-bila masa.


Anugerah kepada Logasatu pengiktirafan - Isteri
PULAUPINANG 11 Julai - Isteri kepada penyanyi kumpulan Alleycats, yangmenerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) bagi pihak mendiangsuaminya, Loganathan Arumugum (Loga), menyifatkan anugerah yangdiberikan kepada suaminya itu sebagai pengiktirafan kepada industrimuzik tanah air.


Elyana-Khairul selamat bertunang
KUALALUMPUR 11 Julai - Selepas tiga kali dilamar seorang pemilik restoranmakanan Jepun, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal atau Elyanaselamat ditunangkan dengan jejaka pilihan hatinya itu di sebuah banglomewah di Bangsar dekat sini.


Kenduri kahwin Sham Kamikaze sederhana tapi meriah
BATUPAHAT 11 Julai - Pemain gitar Kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd. Salleh,33, hari ini mengadakan majlis kenduri kahwin selepas hampir setahunbernikah dengan Farazilah Abdul Jabar, 28.








KPI nasional 6 bidang utama
KUALALUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkanPetunjuk Prestasi Utama (KPI) Nasional yang merangkumi enam BidangKeberhasilan Utama (KRA), termasuk usaha mencegah jenayah dan memerangirasuah.

11 angka istimewa sambutan 100 hari PM
KUALALUMPUR: Sebelas (11) menjadi angka istimewa sempena sambutan 100 hariDatuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam,semalam.

'Najib sudah buktikan kemampuan'
KEPALABATAS: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkanDatuk Seri Najib Razak berjaya membuktikan kemampuannya sebagai PerdanaMenteri dengan membawa pelbagai perubahan ekonomi dan pembangunan dinegara ini dalam tempoh singkat.

KDN segerakan 3 urusan
KUALALUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyegerakan danmempertimbangkan semua permohonan kewarganegaraan Malaysia, permitmasuk (PR) dan pendaftaran kelahiran dengan cara paling cepat danberhemah, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Majlis sambutan untuk rakyat
KUALALUMPUR: Majlis sambutan 'Seratus Hari Najib Bersama Rakyat 11 Julai2009' di Dewan Pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam,diadakan khas oleh Datuk Seri Najib Razak untuk bersama rakyatMalaysia.

Najib kunjungi ijtimak tabligh
NILAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sempat meluangkan masabersama 200,000 jemaah yang menghadiri Ijtimak (Perhimpunan) TablighSedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini yang bermula Rabu lalu.

ATM diingat perlu sedia berkorban
LUMUT:Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam mengingatkanwarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama anggota Tentera LautDiraja Malaysia (TLDM), supaya sentiasa berpegang teguh kepada cogankata �Sedia Berkorban� dan ikrar kesatria yang dilafazkan kerana iamenjadi teras perjuangan pasukan itu.

Syor tubuh Mahkamah Maritim
PETALINGJAYA: Kerajaan bercadang mewujudkan Mahkamah Maritim bagi mengendalikankes yang berkaitan dengan bidang maritim di negara ini, kata MenteriPengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat. Beliau berkata, sudah sampaimasa negara mempunyai mahkamah berkenaan berikutan perkembanganindustri maritim negara yang semakin pesat terutama dalam sektorpengangkutan laut.

Kadar kelahiran bayi menurun
KUALALUMPUR: Malaysia berdepan risiko bilangan penduduk yang mengecutberikutan kadar kelahiran bayi yang semakin menurun. Menteri Kesihatan,Datuk Liow Tiong Lai, berkata walaupun pesakit ginekologi di Malaysiabertambah 15 peratus, kadar kesuburan di Malaysia dianggap menurunberbanding 1990-an.

Vaksin H1N1 masih peringkat pemprosesan
KUALALUMPUR: Vaksin selesema babi atau Influenza A (H1N1) masih lagi padaperingkat pemprosesan dan dijangka hanya berada di pasaran sekitarNovember atau Disember ini.

Natrah 'hidup' dalam sejarah Melayu
NAMANatrah kedengaran kembali selepas tidak disebut langsung sejak kaliterakhir kedatangannya ke Malaysia, 10 tahun lalu. Namun kali iniberitanya diiringi khabar yang menyentuh hati sesiapa saja yang pernahmenelusuri kisah suka duka wanita Belanda ini menerusi penulisan DatinFatini Yaacob, bekas wartawan Dewan Masyarakat pada lewat 1980-an -Natrah sudah meninggal dunia.

Produk tempatan setanding barang import
KUALALUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu rakyat mengubah budaya dankecenderungan membeli produk import kerana terpengaruh membuat'pembelian untuk jenama' sedangkan kualiti barangan tempatan setandingproduk antarabangsa.

Penduduk miskin didedah ICT
SHAHALAM: Kira-kira 15,000 penduduk berpendapatan rendah di sekitar kawasanSubang dekat sini, berpeluang meningkatkan kemahiran dalam bidangteknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan bayaran bulanan serendahRM10.

2 polis dapat pujian Undoc
KUALALUMPUR: Integriti dua anggota polis menolak tawaran RM500,000 ditawarpengedar dadah dan membawa kepada kejayaan rampasan syabu bernilaiRM280 juta di Pahang Mei lalu, mendapat pujian Pejabat PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu Bagi Dadah dan Jenayah (Undoc).

Tiga sahabat maut nahas
KUALAKRAI: Tiga sahabat dalam perjalanan pulang selepas meraikan majlisperkahwinan rakan, maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalamkemalangan berhampiran Hospital Kuala Krai, di sini, malam kelmarin.

28 pelancong cedera bas langgar treler
JASIN: Dua puluh lapan penumpang sebuah bas ekspres cedera, termasuk tujuhparah apabila bas itu melanggar sebuah treler sarat muatan bertihjagung di Kilometer 179.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara,berhampiran Plaza Tol Jasin-Merlimau, dekat sini, pagi semalam.

Keupayaan DBP, institut terjemahan dipertingkat
KUALALUMPUR: Keupayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan InstitutTerjemahan Negara Malaysia (ITNM) akan dipertingkatkan bagi memperkasabahasa Malaysia untuk memastikan ia tiada ketandusan istilah bacaanatau rujukan dalam semua bidang, baik akademik mahu pun kerjaya.

No comments:

Post a Comment